Pengenalan
Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi merangkumi Unit Dewan Bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU), Unit Respiratory dan Haemodynamic (RHU) dan Klinik Anestesia.
Secara umumnya, jabatan ini menyedia dan memberi perkhidmatan pembiusan kepada pesakit yang akan menjalani pembedahan bagi Jabatan Pembedahan, Jabatan Obstetrik & Ginekologi/Dewan Bedah Bersalin, Jabatan Ortopedik, Jabatan Oftalmologi, Jabatan Psikiatri, Jabatan Bedah Mulut (OMF), Jabatan Otorinolaringologi (ORL).
Acute Pain Service juga disediakan bagi pesakit yang telah menjalani pembedahan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Memberikan perkhidmatan pembiusan kepada pesakit di;
- Jabatan Pembedahan.
- Jabatan Obstetrik & Ginekologi.
- Jabatan Orthopedik.
- Jabatan Oftalmologi.
- JJabatan Bedah Mulut.
- Jabatan Psikiatri.
- Jabatan Otorinolaringologi.
- Acute Pain Service.
- Daycare Service.