THE AMAZING SLIDESHOW ADDON!


Want to make your website more attractive? Get a stunning hero
section with the Slideshow addon in SP Page Builder Pro.
It’s easy, fast, and gorgeous.

LEARN MORE


   UNIT PEMULIHAN CARA KERJA

Pemulihan Carakerja (Occupational Therapy) adalah bidang yang menggunakan pemilaian dan rawatan untuk meningkatkan, memulihkan serta mengekalkan tahap kefungsian dalam pekerjaan seharian (occupation) untuk individu, kumpulan atau komuniti. Jurupulih Carakerja sering bekerja dengan pesakit-pesakit yang mengalami masalah mental, kecederaan fizikal, ketidakupayaan dan kecacatan.




MISI 

Berusaha untuk meningkatkan jumlah tenaga keja yang mahir, komited dan proaktif dalam memberi perkhidmatan pemulihan yang berkualiti kepada semua pelanggan.

VISI

Memberi rawatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti tinggi agar menepati keperluan pelanggan di hospital dan komuniti.


OBJEKTIF

1. Meningkatkan tahap keberdikarian pesakit dalam aktiviti kehidupan seharian
2. Meningkatkan keupayaan fizikal dari segi jarak pergerakan sendi (ROM), kekuatran otot (Muscle Strength), koordinasi dan keseimbangan badan.
3. Meningkatkan kefungisan kognitif dan persepsi seperti konsentrasi dan skil komunikasi.
4. Meningkatkan perkembangan motor pesakit iaitu ‘gross motor’ dan ‘fine motor’.
5. Memberi maklumat pendidikan tentang penyakit, program pemulihan, alat bantuan dan adaptasi yang boleh diperolehi.


PIAGAM PELANGGAN

1. Masa menunggu rawatan pemulihan tidak melebihi 30 minit.
2. Masa rawatan yang diberikan bagi satu sesi melebihi 30 minit.
3. Temujanji pesakit luar bary akan diberikan tidak melebihi 3 hari bekerja.
4. Rujukan pesakit dalam akan di respon tidak melebihi 24 jam hari bekerja.
5. Penerangan mengenai program rawatan yang diberikan perlu jelas.
6. Kakitangan di Unit Pemulihan Carakerja mengamalkan sikap budaya korporat seperti mesra, bersopan santun dan penyayang.



SKOP PERKHIDMATAN

Jurupulih Carakerja memberi perkhidmatan pemulihan kepada pesakit dalam dan luar. Jenis-jenis perkhidmatan pemulihan yang disediakan oleh Unit pemulihan Carakerja ialah:

1. Musculoskeletal Rehabilitation
2. Pediatric Rehabilitation
3. Psychiatric Rehabilitation
4. Child and Adolescent Psychiatric Rehabilitation
5. Hand and Upper Limb Rehabilitation
6. Orthopedics Rehabilitation
7. Medical Rehabilitation
8. Geriatric Rehabilitation






HARI
WAKTU BEKERJA
REHAT
AHAD-RABU
8.00 - 5.00 PTG
1.00-2.00 PTG
KHAMIS
8.00 - 3.30 PTG
1.00-2.00 PTG
JUMAAT-SABTU
TUTUP
-