UNIT REKOD PERUBATAN

Jabatan Rekod Perubatan merupakan satu jabatan di bawah perkhidmatan sokongan klinikal merangkumi pengurusan rekod perubatan, pengeluaran maklumat pesakit, pengurusan laporan perubatan, pengurusan statistik hospital dan semua aspek yang berkaitan dengan peranan Jabatan Rekod Perubatan sebagai pengurus maklumat hospital.



 VISI

Rekod yang selamat, maklumat yang tepat.

MISI

  1. Bekerja secara berpasukan.
  2. Mengamalkan kerahsiaan rekod perubatan,
  3. Penyimpanan rekod yang bersistematik,
  4. Perangkaan yang tepat serta memberi perkhidmatan-perkhidmatan yang berkualiti berlandaskan wawasan Hospital Kulim.

OBJEKTIF

  1. Memastikan semua Laporan Perubatan siap dalam tempoh yang ditetapkan.
  2. Memastikan Keselamatan Rekod Perubatan.
  3. Memastikan data statistik hospital disediakan dengan tepat dan penuh integriti

PIAGAM PELANGGAN

  1. Semua Rekod Perubatan Pesakit akan disimpan dengan selamat dan dijaga kerahsiaannya.
  2. Rekod Perubatan Pesakit boleh diterima dalam masa antara 10-15 minit selepas borang pinjaman lengkap diterima.
  3. Rekod Perubatan Pesakit di pasif stor (secondary store) boleh diterima dalam masa 4 hari bekerja selepas borang pinjaman lengkap diterima.
  4. Tempoh masa pinjaman Rekod Perubatan Pesakit ialah selama 14 hari bekerja tetapi tempoh pinjaman  dibenarkan dengan alasan alasan yang munasabah.
  5. Laporan perubatan dikeluarkan dalam tempoh 4 minggu hari bekerja setelah permohonan lengkap dan bayaran diterima.
  6. Setiap permohonan Lembaga Perubatan yang lengkap diterima dari JKN akan diproses dalam masa 52 hari bekerja.
  7. Keputusan Lembaga Perubatan yang siap dan lengkap akan dikeluarkan dalam masa 7 hari bekerja daripada hari Lembaga Perubatan bersidang.
  1. Reten bulanan statistik kesihatan pesakit hospital akan dihantar ke JKN pada 15hb setiap bulan berikutnya.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Pengurusan / Rekod Perubatan Pesakit
  • Penerimaan Pesakit
  • Pinjaman Pesakit
  • Pulangan Pesakit
  • Pelupusan rekod
  • Pengurusan Maklumat dan Dokumentasi
  • Sistem Pengurusan Maklumat Kesihatan
  • Pendidikan dan Penyelidikan
  • Laporan Statistik dan Informasi
  • Permohonan Laporan Perubatan
  • Permohonan Lembaga Perubatan
  • Pengurusan Persidangan Jemaah PERKESO
  • Pengurusan Lembaga Perubatan KWSP
  • Pengurusan Medico Legal
  • Permohonan dan Penubuhan Lembaga Penyiasatan/Laporan Bedah Siasat


Lain-lain Aktiviti

  • National Indicator Approach (NIA)
  • Hospital Performance Indicator Approach (HPIA)
  • International Statistical Classification of Diseases & Related Health Problems (ICD-10)
  • International Statistical Classification of Diseases & Related Health Problems Prosedur Klinikal (ICD-9-CM)
  • Pengurusan Casemix



UNIT REKOD HANYA BEROPERASI DI WAKTU BERKERJA BIASA (8.00 - 5.00 PTG)