- PENGENALAN
- VISI, MISI, PIAGAM PELANGGAN
- CARTA ORGANISASI
- SKOP PERKHIDMATAN
- JADUAL KLINIK
- DIREKTORI KAKITANGAN
JABATAN RADIOLOGI
Perkhidmatan Radiologi merupakan satu perkhidmatan yang asas di dalam perkhidmatan perawatan pesakit. Pemeriksaan Radiologi Am/Khas, diperlukan untuk membantu pegawai/pakar perubatan di dalam membuat pengdiagnosan yang segera dan tepat ke atas pesakit yang dirawati serta membantu di dalam mengesan penyakit-penyakit yang tidak disyaki.
Keberkesanan perawatan-perawatan tertentu ke atas pesakit boleh dinilai menerusi penggunaan pemeriksaan pengimejan diagnostik Radiografi Am/Khas. Adalah menjadi inspirasi unit ini untuk memberi perkhidmatan yang efektif, cepat dan bermutu tinggi demi keselamatan dan kesejahteraan pesakit.
Jabatan Radiologi terletak bersebelahan dengan Unit Pensterilan (CSSU), berhadapan dengan Jabatan Kecemasan. Jabatan ini mula beroperasi bersamaan dengan pembukaan hospital ini pada 1 September 1994 dan beroperasi dengan 3 bilik pemeriksaan iaitu sebuah Bilik Radiografi Am, sebuah Bilik Pemeriksaan Ultrasound dan sebuah bilik khas untuk CT Scan serta sebuah bilik memproses filem x-ray.
Pada tahun 2010, jabatan ini telah menerima seunit mesin untuk pemperosessan filem jenis Cassette Reader Single Loader. Jabatan ini kemudiannya dinaik taraf dengan penerimaan sebuah mesin Dental CBCT yang mula beroperasi pada bulan Disember 2013 dan penerimaan seunit mesin Cassette Reader Multiloader pada tahun 2015. Pada pertengahan bulan November, 2018 jabatan ini juga telah menerima satu lagi unit Mesin Ultrasound sejajar dengan permintaan untuk pemeriksaan Ultrsound yang semakin meningkat dan dapat mengurangkan kadar masa menunggu pesakit untuk mendapatkan rawatan khasnya.
Pada 4 Ogos 2020, Jabatan Radiologi Hospital Kulim telah mendapat seunit mesin Mammogram Planmed Clarity (Full Field Digital Mammography 3D) untuk kegunaan Hospital Kulim. Jabatan Radiologi, Hospital Kulim telah memulakan perkhidmatan Mammogram pada 16hb Ogos, 2020 dan dirasmikan oleh YB Tan Sri Dato Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
Pada 3hb Oktober 2022, Jabatan Radiologi telah mendapat seunit mesin DR Digital radiography untuk pemeriksaan Radiografi Am, Jenama Samsung, untuk kegunaan Hospital Kulim dan bagi melancarkan lagi perkhidmatan di Jabatan Radiologi. Mesin ini akan mula digunakan pada tahun 2023.
VISI
Jabatan Radiologi akan menjadi sebuah Jabatan yang sentiasa mengamalkan kualiti dan inovasi di dalam memberikan perkhidmatan sokongan dan pemulihan serta mempunyai suasana persekitaran tempat kerja yang bersih, selesa dan selamat.
MISI
Perkhidmatan jabatan Radiologi yang diberi mempunyai nilai diagnostik yang berkualiti optimum dan efisiensi. Anggota jabatan mempunyai skill perkhidmatan yang cemerlang serta efektif,mengikuti perkembangan semasa dengan teknologi yang terkini, semangat belajar untuk mencapai wawasan unit melalui profesionalisme di kalangan anggota , mengamalkan kerja berpasukan dan perkhidmatan penyanyang.
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan pengimejan yang efektif, cekap dan bermutu supaya pesakit dapat dirawati dengan sempurna.
PIAGAM PELANGGAN
- Perkhidmatan yang mesra,adil dan bersesuaian akan diberi kepada setiap pelanggan
- Kehormatan pesakit akan terpelihara semasa menjalani imbasan di unit ini
- Pemeriksaan X-ray biasa akan disiapkan dalam 45 minit
- Pemeriksaan Radiologi yang dijalankan adalah berkualiti
Untuk melaksanakan Piagam Pelanggan dengan lebih berkesan,pelanggan adalah berkewajipan untuk:
1.Mematuhi peraturan hospital
2.Menggunakan segala kemudahan yang disediakan dengan bertanggungjawab.

SKOP PERKHIDMATAN
1. Pemeriksaan Radiografi AmComputed Radiography(CR)
Digital Radiography(DR)
Mobile Radiography
CT Scan
Ultrasound
Interventional Radiology
Mammografi
CBCT/OPG
Fluoroskopi Dewan Bedah
MRI (Pemeriksaan MRI dijalankan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah pada setiap hari Selasa (MRI)
dan hari Jumaat (2kali sesebulan)