HOSPITAL MESRA IBADAH
PENDAHULUAN
Hospital Mesra Ibadah (HMI) merupakan program di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan satu konsep yang digunakan dalam pengurusan hospital untuk mencapai nilai-nilai kecemerlangan dan jati diri pada kakitangan hospital serta memfokuskan kepada kesejahteraan pelanggan melalui penerapan dan penghayatan ibadah semasa dan selepas mendapat rawatan.
Hospital Mesra Ibadah bertujuan untuk memberi kesedaran melalui pendidikan pesakit dan keluarga supaya sentiasa mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Hospital Mesra Ibadah selepas ini disebut HMI yang mana menekankan konsep sakit bukan alasan dan halangan di dalam membuat kerja-kerja bersangkutan dengan ibadah. Begitu juga dengan perkara-perkara yang memerlukan pandangan Islam di dalam isu fiqh perubatan kontemporari yang berkaitan dengan bioteknologi perubatan seperti euthanasia, menderma atau menerima organ dan sumber ubat yang dihasilkan daripada porcine (babi) dan sebagainya.
VISI
Menjadikan esok lebih baik dari hari ini.
MISI
Berusaha mengintegrasikan rawatan fizikal, psikososial, mental dan rohani.
OBJEKTIF PROGRAM HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI) HOSPITAL BALING
Objektif Program HMI Hospital Baling adalah seperti berikut:-
- Memastikan pesakit muslim dan waris menerima bimbingan yang betul dalam melaksanakan ibadah serta amalan keagamaan; dan
- Memastikan kakitangan hospital mendapat latihan dan pendedahan asas mengenai fiqh ibadah serta nilai-nilai Islam dalam menjalankan tugas.
HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI)
Satu konsep telah diperkenalkan iaitu Hospital Mesra Ibadah. Antara elemen-elemen penting yang perlu ada pada HMI :
- Pengamal Perubatan
- Latihan–latihan
- Persekitaran
- Perkakasan untuk membantu pesakit
- Hak Pesakit dan Persendirian (sulit)
- Keperluan yang istimewa
2.0 KPI/Pengukur Pencapaian:
- 2.1 Pengamal Perubatan
- Memaklumkan arah kiblat
- Memaklumkan peralatan dan surau serta perkhidmatan HMI kepada pesakit berbangsa Islam
2.2 Latihan kepada semua lapisan kakitangan yang terlibat (‘Sokongan Rohani Kepada Pesakit’)
- 2.3 Kajian Kepuasaan Pelanggan ‘Sokongan Rohani Kepada Pesakit’
3.1.1 POLISI HOSPITAL MESRA IBADAH
POLISI BERKAITAN AMALAN (PRACTISES)
- Semua Hospital KKM hendaklah mempunyai program HMI.
- Jawatankuasa HMI perlu ditubuhkan di setiap hospital.
- Kesaksamaan, akses dan ketersediaan perkhidmatan.
- Kepekaan, belas ihsan dan keupayaan untuk mengekalkan perhubungan yang prihatin, membantu dan saling menyokong.
- Menghormati kepelbagaian agama, kepercayaan, gaya hidup dan latar belakang budaya rakyat pelbagai etnik.
- Peka dengan keperluan rohani melalui amalan ibadah dan upacara spriritual yang diiktiraf.
- Hubungan kerja yang baik dengan profesional penjagaan kesihatan yang lain, pemimpin agama komuniti tempatan, kumpulan sukarela dan pertubuhan professional.
- Pesakit yang dimasukkan ke hospital hendaklah diberikan orientasi kepada HMI.
- Makanan dan ubat-ubatan yang disediakan hendaklah seimbang, halalan dan toyyiban.
POLISI BERKAITAN TEMPAT AMALAN (PLACES)
- Semua Hospital hendaklah mempunyai ruang untuk beribadah dan infrastruktur yang sesuai dengan HMI.
- Tiada perlambangan, patung atau bauan diletakkan di dalam wad, ruang ibadah dan lain-lain kawasan bagi menjaga sensitiviti penganut agama-agama lain.
- Tempat penyimpanan mayat orang Islam dan orang bukan Islam hendaklah diasingkan.
- Tempat mandi jenazah orang Islam hendaklah diasingkan daripada jenazah orang bukan Islam.
- Semua hospital perlu menyediakan van jenazah orang Islam dan van jenazah orang bukan Islam.
POLISI BERKAITAN PERKONGSIAN KERJASAMA (PARTNERSHIP)
- Pihak Hospital akan menjalinkan hubungan (networking) berterusan dengan sukarelawan agama ataupun NGO yang sah di peringkat lokaliti masing-masing termasuklah dalam aspek latihan. Perkhidmatan sukarelawan agama tertakluk kepada Garis Panduan Khidmat Sukarela di Hospital-hospital KKM 2016.
- Pihak Hospital akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri melalui Malaysian Islamic Spiritual Care (MISC) bagi mendapatkan dana untuk aktiviti-aktiviti penjagaan spiritual (perspektif Islam).
- Pihak hospital akan menganjurkan dialog dengan pelbagai komuniti agama bagi tujuan berkongsi maklumat dan pendidikan.
- Pihak KKM perlu mengiktiraf sukarelawan agama / komuniti agama supaya tiada pertelingkahan melalui kerjasama dengan:
- JAKIM bagi Agama Islam
- Institusi-institusi bagi lain-lain agama
3.1.2 SOP HOSPITAL MESRA IBADAH
STANDARD HOSPITAL MESRA IBADAH
- Penubuhan jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah.
- Bacaan doa pagi melalui system siaraya dimana doa dibacakan oleh pegawai yang dilatih.
- Pengumuman masuk waktu solat 5 waktu sehari.
- Menyediakan kit ibadah solat di setiap wad seperti botol spray, debu tayammum, dan panduan ibadah atau risalah berunsurkan Islam.
- Memberi bimbingan khidmat nasihat kerohanian dan bantuan praktikal kepada pesakit dan keluarga.
- Menyediakan tanda arah kiblat.
- Mengadakan program keagamaan dan kerohanian berasaskan Islam di Hospital Baling.