Laman Web Rasmi

Dahulunya dikenali sebagai Perkhidmatan Pengimejan Diagnostik namun  bermula 17 April 2017 Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjenama semula perkhidmatan ini kepada Perkhidmatan Radiologi.

  Perubahan ini adalah selaras dengan penggunaan modaliti (peralatan) lain selain X-Ray seperti bunyi (digunakan dalam Ultrasound) dan magnet (digunakan dalam MRI – Magnetic Resonance Imaging) di dalam bidang perkhidmatannya serta seiring dengan arus pembangunan di mana perkhidmatan ini telah melangkaui kepada perkhidmatan radiologi intervensional bagi tujuan terapeutik juga.Perkhidmatan Radiologi Hospital Baling menawarkan beberapa perkhidmatan kepada para pelanggannya sejajar dengan saiz dan kapasiti Hospital Baling sebagai pembekal perkhidmatan perubatan utama di daerah Baling dan kawasan sekitarnya.

SKOP PERKHIDMATAN

memberikan perkhidmatan setiap hari pada waktu bekerja dan mengikut keperluan di luar waktu bekerja secara tugas atas panggilan.

Pelanggan-pelanggan unit ini adalah pengamal-pengamal perubatan dan pesakit mereka dari Unit Kecemasan dan Trauma, Unit Pesakit Dalam, Klinik-klinik Lawatan Pakar, Unit Pesakit Luar Hospital Baling, Klinik Pergigian Baling, Klinik-klinik Kesihatan sekitar daerah Baling, Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu Perak, Pusat Perubatan Angkatan Tentera Pengkalan Hulu, Klinik Lawatan Susulan Pakar hospital-hospital berhampiran.

PENAFIAN: Hospital Baling tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi |  | Peta Laman | Soalan Lazim

Paparan Terbaik :
Dengan Resolusi 1024 x 768

since Jun 2022