PERKHIDMATAN BARU
Rehabilitasi untuk pesakit Post Covid-19 bermula pada Ogos 2021 hingga kini yang melibatkan pesakit dalam dan pesakit luar. Skop perkhidmatan ini berfokus kepada pesakit yang mengalami komplikasi selepas Covid-19.
Setiap kes yang dirujuk oleh Pakar Perubatan akan di kelaskan mengikut kategori masing-masing dan perawatan akan diberikan kepada setiap pesakit. Antara ujian dan perawatan Fisioterapi adalah 6 Minutes Walk Test, 1 Minutes Sit to Stand Test, Timed Up and Go dan Senaman Teknik Pernafasan.