Laman Web Rasmi

Unit Kualiti berfungsi sebagai penyelaras perlaksanaan aktiviti peningkatan kualiti bagi hospital supaya perkhidmatan yang disediakan mempunyai kualiti yang mematuhi piawaian yang ditetapkan selaras dengan kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.


SKOP PERKHIDMATAN

Bertangungjawab di bawah arahan Pengarah Hospital untuk mengawasi perlaksanaan dan memantau aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti di Hospital Baling yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

PATIENT SAFETY

Keselamatan pesakit merupakan salah satu elemen penting dalam perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.  Ia bertujuan memastikan rawatan yang diberikan adalah selamat dan mengelakkan dari berlakunya sebarang kesilapan yang memudaratkan pesakit. Sejajar dengan arahan Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan malaysia Bil 2 Tahun 2013 bagi tujuan memperkukuhkan aspek keselamatan perawatan pesakit di Malysia. Hospital Baling telah mengambil langkah untuk mengikut inisiatif keselamatan pesakit yang telah digariskan olah Malaysian Safety Council di mana garis panduan yang dicadangkan telah diadaptasikan supaya bersesuaian dengan keadaan fizikal hospital, taraf perkhidmatan yang disediakan dan sumber manusia yang sedia ada.

Incident Reporting

Amalan incident reporting and learning system adalah satu strategi bagi menjamin  keselamatan pesakit semasa mendapat rawatan. Matlamat utama adalah untuk mengesan kelemahan dan memperbaiki sistem penjagaan kesihatan  hasil dari analisa yang dijalankan ke atas sesuatu insiden yang dilaporkan.  Pelaporan insiden ke KKM adalah melaui e-IR.

 

PENAFIAN: Hospital Baling tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi |  | Peta Laman | Soalan Lazim

Paparan Terbaik :
Dengan Resolusi 1024 x 768

since Jun 2022