Laman Web Rasmi

Unit Kawalan Infeksi Hospital Baling mula beroperasi pada Tahun 2002. Unit ini memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai langkah pencegahan dan kepentingan pengawalan jangkitan nosokomial kepada semua anggota kesihatan . 

Unit ini bertanggungjawab menjalankan pemantauan terhadap kes-kes HAI (Hospital Acquired Infection) serta Multi Drug Resistant Organism (MDRO) dan mempertingkatkan amalan pencegahan dan kawalan infeksi untuk mengurangkan jangkitan dengan mengikuti polisi terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia. 

 

SKOP PERKHIDMATAN

Meliputi semua wad dan unit-unit sokongan , Unit ini menjalankan aktiviti seperti:

  • Mengimplimentasikan standard Procedure & Policies on Infection Control 3rd Edition 2019 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Pemantauan ke Wad & Unit dengan membuat lawatan rutin ke wad-wad dan unit-unit dari masa ke semasa bagi memastikan prosedur dalam pengawalan infeksi hospital diikuti dengan betul.
  • Mengumpul dan merekodkan data-data seperti MRSA,MRO,ESBL,VRE dan CRE, tempat infeksi, punca infeksi, dan lain-lain yang berkaitan dan menyediakan laporan yang berkaitan dengan lengkap.
  • Memberi bimbingan dan khidmat nasihat berkaitan dengan ‘Standard Precaution’ kepada anggota- anggota yang bertugas di wad dan juga di unit-unit yang berkenaan dan semasa program orentasi staf baru.
  • Memantau dasar “disinfection and sterilization” dipraktikkan.
  • Membuat environmental swab pada wad-wad dan unit-unit khas jika terdapat kes outbreak di unit tersebut dan menyediakan laporan lengkap
  • Memastikan pematuhan kepada SOP semasa mengendalikan peralatan tajam dan melakukan siasatan terhadap kes sharp injury dikalangan anggota hospital.
  • Melaksanakan program imunisasi Hepatitis B kepada anggota berisiko dan program pemberian vaksin khas mengikut keperluan semasa.Contoh : Influenza vaccine
  • Menjalankan aktiviti audit Hand Hygiene 4 kali setahun mengikut 5 moment  Hand Hygiene keatas semua anggota paramedik mengikut kategori.
  • Melakukan Point Prevalance Survey (PPS) setiap tahun.
  • Menjalankan AMS Round. Pasukan yang ditubuhkan terdiri dari Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi, Pegawai Sains dan Infection Control Nurse (ICN)
  • Mengadakan program berbentuk Awareness jika berlaku wabak dan pembelajaran berterusan seperti CNE atau bedside teaching untuk semua anggota.

PENAFIAN: Hospital Baling tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi |  | Peta Laman | Soalan Lazim

Paparan Terbaik :
Dengan Resolusi 1024 x 768

since Jun 2022