PENGENALAN UNIT
Ditubuhkan pada 9 November 1998. Menggunakan unit lama wad pengasingan kanak-kanak.Unit ini dirasmikan oleh Kebawah Duli Tuanku Sultanah Kedah pada 14 November 1998. Dimulakan dengan sebuah mesin HD jenama Altra Touch sumbangan BIDARA dan perkhidmatannya hanya kepada 2 orang pesakit kegagalan ginjal (ESRF).
Kini perkhidmatan bertambah kepada 40 pesakit dengan 11 buah mesin kepada penduduk Daerah Baling dan sekitarnya termasuk dari Pengkalan Hulu dan Sik.Sumbangan mesin adalah dari BIDARA, Pejabat Zakat Kedah, Yayasan Sultanah Bahiyah dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pada Disember 2005 bangunan baru siap dibina dan unit berpindah. Unit baru yang lebih selesa, luas dan boleh menampung kepada lebih banyak mesin HD.
Bagaimanapun perkhidmatan ini akan bertambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan prasarana termasuk bajet kerajaan.
VISI
Supaya unit haemodialisis Hospital Baling dapat menampung 11 buah mesin supaya dapat meringankan beban pesakit serta memenuhi permintaan yang semakin meningkat di kalangan pesakit kegagalan ginjal yang baru.
MISI
Memberikan rawatan dialisis yang berkualiti kepada pesakit di Daerah baling serta kawasan yang berhampiran untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan yang normal dan berkualiti.
OBJEKTIF
Memberikan perkhidmatan haemodialisis dan pendidikan kesihatan yang efisyen serta berkesan kepada pesakit.
PIAGAM PELANGGAN
- Staf unit heamodialisis akan memastikan setiap mesin dialisis menjalani proses rinsing selftest, priming dan circulation selama 30 minit untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik dan selamat.
- Rawatan dialisis selama 4 jam bagi setiap pesakit.Ini juga bergantung kepada arahan Pakar Nefrologi/Pegawai Perubatan serta keadaan kesihatan pesakit sendiri.
- Spesimen pesakit akan diambil untuk ujian rutin setiap 3 bulan sekali atau bila perlu.
- Staf akan menguruskan temujanji pesakit dengan pakar setiap 3 bulan sekali(mengikut jadual pakar).
- Pendidikan kesihatan akan diberikan setiap 3 bulan sekali atau mengikut keperluan kepada pesakit dan juga waris
- Memupuk dan mengekalkan hubungan baik dan harmoni di kalangan warga kerja, pesakit serta waris.
