Laman Web Rasmi

Unit Patologi & Transfusi merupakan salah satu unit yang menawarkan perkhidmatan sokongan klinikal kepada pelanggan yang terdiri daripada wad-wad, Unit Pesakit Luar, Unit Kecemasan, Unit Hemodialisis, klinik lawatan pakar di Hospital Baling dan klinik-klinik kesihatan sekitar daerah Baling. Unit ini memainkan peranan yang amat penting dalam pendiagnosan penyakit, menyediakan bekalan darah kepada pesakit dan membantu Unit Kawalan Infeksi dalam pencegahan jangkitan penyakit berjangkit di peringkat hospital. Unit ini turut bertanggungjawab menganjurkan program derma darah melalui kerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan dan swasta, pertubuhan-pertubuhan sukarela serta pusat-pusat pengajian tinggi bagi mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk menampung keperluan darah pesakit di hospital. Selain itu, unit ini juga berfungsi memberi khidmat nasihat daripada segi teknikal dan turut menjadi pusat latihan bagi pelajar-pelajar Diploma Teknologi Makmal Perubatan dan juga pelajar dari Institut Pengajian Tinggi Awam untuk tujuan Latihan Industri.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Kaunter penerimaan spesimen dan bekalan
  • Menerima spesimen dari wad, unit kecemasan, unit pesakit luar, unit hemodialisis, klinik lawatan pakar dan klinik kesihatan di daerah Baling.

  • Membekalkan bahan pakai buang seperti tiub darah, bekas spesimen dan lain-lain kepada wad dan unit untuk kegunaan pesakit.

  • Menguruskan penghantaran spesimen ke makmal rujukan (bagi ujian yang tidak dijalankan di makmal Hospital Baling)
Mikrobiologi (Bakteriologi & Serologi)
  • Menawarkan perkhidmatan ujian seperti UFEME, calitan Acid Fast Bacilli, VDRL, Blood Film Malaria Parasite, Fecal Occult Blood, kit ujian pantas (denggi, chikungunya, Leptospira dan Covid-19 Antigen), menginkubasi kultur darah dan menguruskan penghantaran spesimen PCR Covid-19.
Transfusi
  • Menjalankan ujian pengesahan kumpulan darah, rhesus darah dan saringan keserasian darah.
  • Menyediakan kemudahan untuk pendermaan darah secara walk in dan bergerak untuk meningkatkan kutipan bekalan stok darah.
Patologi Kimia
  • Menjalankan ujian-ujian rutin patologi kimia dan ujian saringan pengesanan dadah dalam air kencing (Morfin dan Kanabis sahaja).

Hematologi
  • Menjalankan ujian seperti Full Blood Count (FBC), Retic Count, ESR, PT, APTT, INR, ujian saringan G6PD dan penyediaan slaid Full Blood Picture (FBP)

Point of care testing (POCT)
  • Menyelia dan memantau penggunaan peranti POCT agar mematuhi garis panduan teknikal dan Internal Quality Control (IQC).

PENAFIAN: Hospital Baling tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi |  | Peta Laman | Soalan Lazim

Paparan Terbaik :
Dengan Resolusi 1024 x 768

since Jun 2022