Unit Perkhidmatan Farmasi dan Bekalan merupakan salah satu perkhidmatan sokongan klinikal yang utama di Hospital Baling. Unit ini bertanggungjawab untuk memastikan ubat-ubatan adalah berkualiti, selamat, berkesan serta mudah diperolehi dan mencukupi. Gelombang pandemik Covid-19 yang berlaku pada tahun 2021 sangat mencabar. Unit Farmasi menghadapi kesukaran untuk menyediakan bekalan ubat-ubatan, alat pakai buang, alat pelindung diri serta bekalan gas perubatan yang mencukupi kepada kakitangan dan pesakit yang memerlukan. Dalam keadaan akses kepada sumber kewangan dan bekalan yang amat terhad pelbagai langkah telah diambil seperti penjimatan sumber, penguatkuasaan peraturan dan perubahan proses kerja.