Unit Kejururawatan merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kejururawatan dimana ianya merangkumi perkhidmatan Pesakit Dalam dan Luar di Hospital Baling.Ia juga berperanan dalam merancang, menyelaras aktiviti, mengawalselia dan menilai mutu serta memberi pengukuhan berkaitan keberkesanan penjagaan dan perkhidmatan yang diberi. Menjalankan penilaian dari masa kesemasa untuk mengekalkan mutu perkhidmatan serta memastikan kepatuhan kepada piawaian seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan.