Penyelia Hospital lazimnya berperanan membantu Pengarah Hospital dalam operasi pentadbiran dan pengurusan harian. Pejabat penyelia terletak di dalam pejabat pengurusan, dimana terdiri daripada Penyelia Hospital, Penolong Pegawai Perubatan U36 mengurus dalam pentadbiran serta membantu Pengarah Hospital dalam merancang, mengelolakan, menyelaras, menyediakan anggaran belanjawan dan urusan penyeliaan hospital, jabatan dan unit. Penyelia Hospital dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) U29 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) U14. Tugas utama unit ini adalah dalam penyeliaan klinikal, pentadbiran dan latihan kakitangan di bawah jagaannya. Di samping itu juga, unit penyeliaan turut terlibat dalam perancangan, pelaporan, mengelola, menyelaras serta menyediakan anggaran belanjawan. Pejabat penyelia juga bertanggungjawab dalam melaksana tugas-tugas Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Baling.