Klinik Lawatan Pakar diwujudkan di Hospital tanpa Pakar dengan tujuan untuk memudahkan pesakit mendapatkan pemeriksaan Pakar dan juga memudahkan Pegawai Perubatan membuat rujukan. Perkhidmatan ini juga dapat mengurangkan masa menunggu pesakit dan menjimatkan
belanja pesakit bagi mendapatkan pemeriksaan dan perkhidmatan Pakar.
Bertempat di bangunan bersebelahan unit Hasil dan Jabatan Pesakit Luar (ianya merupakan bangunan Kecemasan lama). Kedudukannya menghala ke arah kantin hospital. Terdapat ruang menunggu yang boleh memuatkan lebih kurang 50 orang pesakit.