Unit Pesakit Luar merupakan salah satu Unit barisan hadapan Hospital Baling. Ia berfungsi memberi rawatan untuk kes-kes stabil serta pesakit rawatan ulangan. Perkhidmatan yang diberi terbahagi kepada Pesakit Luar Am,Klinik MOPD, Klinik Diabetes & Hipertensi serta Klinik Berhenti Merokok. Perkhidmatan diberi dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang pada setiap hari kecuali pada hari Khamis mulai 8.00 pagi sehingga 3.30 petang. Hari Jumaat dan Sabtu merupakan cuti minggu, namun perkhidmatan di Bilik Rawatan (cucian luka) beroperasi pada hari Sabtu mulai jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.