Portal Rasmi Hospital Baling

Unit O&G terdiri daripada Dewan Bersalin,Wad Melor 6 dan Wad Melor 7. Sebelum ini, klinik Lawatan Pakar O&G berada dibawah satu bumbung dengan Wad melor 6, namun mulai bulan Januari tahun 2021 perkhidmatan ini telah dipindahkan sepenuhnya dibawah pengurusan unit Klinik Lawatan Pakar..Wad Melor 7 merupakan Wad Antenatal dan Postnatal,manakala Wad 6 merupakan wad yang menempatkan pesakit sakit puan (gynae).Dewan bersalin pula menyambungkan  ke dua-dua wad ini dan membentuk H . Unit O&G terletak bersebelahan Wad Neonate,berhadapan dengan Unit CSSU, Dewan Bedah dan bersebelahan dengan Unit Kecemasan dan Trauma.

Menyediakan kemudahan bagi ibu-ibu bersalin dengan mudah dan selamat.
Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan untuk pendiagnosaan, rawatan Nursing  Care dan rehabilitasi kepada ibu-ibu yang berisiko tinggi.
Memberi pendidikan kesihatan kepada ibu-ibu dan waris.
Menyediakan kemudahan Mesra Bayi dan Mesra Ibu.
Menyediakan dan merujuk pesakit ke Klinik Lawatan Pakar 2 kali seminggu iaitu hari Isnin dan Selasa bagi kes  rujukan dari Klinik Kesihatan sekitar daerah Baling dan Pengkalan Hulu terutama kes berisiko tinggi.
Perkhidmatan disediakan 24 jam kecuali perkhidmatan klinik lawatan pakar.

PENAFIAN: Hospital Baling tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi |  | Peta Laman | Soalan Lazim

Paparan Terbaik :
Dengan Resolusi 1024 x 768

since Jun 2022