Portal Rasmi Hospital Baling

Unit Kejuruteraan Kawalselia Operasi Hospital bertanggungjawab untuk memantau perlaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital (KSH) bagi perkhidmatan pendobian (LLS), pencucian (CLS), pengurusan sisa-sisa klinikal (CWMS), kejuruteraan fasiliti (FEMS) dan kejuruteraan biomedical (BEMS) agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak seperti termaktub di dalam Perjanjian Konsesi. Pada 28 Oktober 1996, perjanjian diantara KKM dan Syarikat Konsesi telah ditandatangani dan pada tahun 1997 bermula perlaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital (PSH). Kontrak perjanjian selama 15 tahun ini telah tamat pada 27 Oktober 2011. Seterusnya kontrak ini disambung secara interim dengan menggunakan perjanjian konsesi yang sama sehingga 31 Mac 2015. Pada 1 April 2015, perjanjian konsesi baru bagi Penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital telah ditandatangani bagi tempoh kontrak selama 10 tahun sehingga 31 Mac 2025. Bagi zon utara, Syarikat Edgenta Mediserve Sdn.Bhd (EMS) diberi tanggungjawab untuk menjalankan khidmat sokongan hospital. Perkhidmatan pengurusan sisa-sisa klinikal (CWMS) telah ditambahbaik kepada Perkhidmatan sisa-sisa hospital (HWMS) dan penambahan satu (1) perkhidmatan lagi iaitu perkhidmatan pengurusan fasiliti (FMS) menjadikan keseluruhan enam (6) perkhidmatan yang perlu dilaksanakan oleh syarikat konsesi yang dilantik

 

PROGRAM KELESTARIAN

Unit Kejuruteraan juga memantau Program Kelestarian (Sustainability Program) yang merangkumi tiga (3) subprogram iaitu Program Pengurusan Tenaga, 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dan Indoor Air Quality yang dijalankan oleh syarikat konsesi di hospital atas arahan pengarah.

PENAFIAN: Hospital Baling tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi |  | Peta Laman | Soalan Lazim

Paparan Terbaik :
Dengan Resolusi 1024 x 768

since Jun 2022