Objektif Unit Hasil ialah untuk mempertingkatkan kutipan Hasil Kerajaan dan mengurangkan tunggakan disamping memberi kerjasama kepada Unit Kecemasan dan Trauma dengan membuka kaunter pada cuti minggu dan cuti am mulai jam 2.00 petang hingga 5.00 petang kecuali bagi cuti Hari Raya Puasa dan cuti Hari Raya Haji. Ini bertujuan untuk memudahkan pesakit membayar bil mereka dan mengurangkan bebanan kerja di Unit Kecemasan dan Trauma sepanjang tempoh tersebut.