Laman Web Rasmi

Bahagian Kewangan Hospital Baling merangkumi Akaun, Bayaran Perolehan & Pembangunan. Unit Kewangan diketuai oleh seorang Pembantu Tadbir W26. Unit  Kewangan bertanggungjawab memohon peruntukan bagi semua program dan aktiviti  pembekalan, pembayaran khidmat sokongan (penswastaan).  Mewujudkan waran sampingan atau pecahan peruntukan kepada objek sebagai ke atas peruntukan yang diterima dibawah objek am kepada aktiviti-aktiviti yang sedia ada untuk dibelanja secara berhemah dan terkawal.

Unit Kewangan juga berusaha memastikan setiap bayaran dijelaskan dalam tempoh 14 hari selepas dokumen diterima dengan sempurna. Bayaran utiliti yang terdiri daripada perkhidmatan telefon, smart-pay Petronas dan Tenaga Nasional dibayar secara pukal yang diselenggarakan oleh pihak Akauntan Negara Cawangan Negeri Kedah.

Mengawal peruntukan dan bagi semua program dan aktiviti pembekalan, pembayaran khidmat sokongan (penswastaan) serta peruntukan pembangunan mengikut Arahan Surat Pekeliling Perbendaharaan dan Pekeliling Perbendaharaan dari semasa ke semasa. 

Kawalan peruntukan perbelanjaan melalui sistem ESPKB

Pembayaran emolumen, elaun-elaun dan kemudahan kakitangan (bayaran balik).

Urusan bayaran pembekal dan perkhidmatan

Pinjaman-pinjaman perbendaharaan

Perolehan bekalan, perkhidmatan kerja-kerja

Urusan pelbagai potongan gaji kakitangn - KWSP, pinjaman, pendahuluan diri dan lain-lain.

PENAFIAN: Hospital Baling tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi |  | Peta Laman | Soalan Lazim

Paparan Terbaik :
Dengan Resolusi 1024 x 768

since Jun 2022