HOSPITAL BARU
Hospital Baling mula beroperasi pada 15 Januari, 1996. Ia dibina sebagai Hospital gantian bagi hospital lama untuk memenuhi kehendak penduduk penduduk di Daerah Baling, Kedah. Hospital Baling yang bertaraf Hospital Daerah Tanpa Pakar tersergam indah dengan keluasan 32 ekar, sejauh 800 meter dari pekan Baling memberikan perkhidmatan untuk 140,000 penduduk.