Accessibility Tools

Bahagian Perubatan

Bahagian Perubatan diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) yang bertanggungjawab ke atas Program Perubatan yang merangkumi urusan perkhidmatan 10 buah hospital di negeri Kedah termasuk Perkhidmatan Kepakaran dan Subkepakaran, Perkhidmatan Sokongan Klinikal Hospital, Pengurusan Teknikal Rawatan Perubatan, Kejuruteraan (Operasi Hospital), Penyelenggaraan Rekod Perubatan, Kawalan Amalan Perubatan Swasta dan Kawalan Kualiti Perkhidmatan Perubatan.

Bahagian Perubatan juga memantau 534 klinik perubatan swasta, 9 hospital swasta , 62 pusat hemodialisis swasta, 5 buah ambulatori swasta , 1 Hospis dan sebuah rumah bersalin swasta yang memberi perkhidmatan primer, sekunder dan tertiari kepada populasi negeri Kedah. arah meningkatkan mutu kesihatan penduduk di Negeri Kedah.

  • Visi: Perkhidmatan perubatan yang terbaik untuk rakyat Negeri Kedah.

  • Misi: Program perubatan akan membentuk kerjasama untuk memangkin dan membantu individu untuk :-

    1. Menikmati tahap kesihatan yang sempurna.

    2. Menggalakkan individu untuk menilai kesihatan sebagai satu aset yang paling berharga.

    3. Mengambil langkah positif untuk memperbaiki dan menjaga status kesihatan mereka untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.

Objektif Umum - Bahagian ini adalah untuk merancang, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan Program Perubatan di hospital-hospital termasuk perkhidmatan pra-hospital, diagnostik dan rawatan pemulihan yang bersesuaian bagi memastikan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan mudah diperolehi oleh orang ramai mengikut dasar yang ditetap oleh Kementerian Kesihatan malaysia.

Objektif Khusus - Memastikan perkhidmatan pengurusan perubatan yang merangkumi fungsi pengurusan hospital, kualiti dan penjagaan perubatan, rekod perubatan, kawalan amalan perubatan swasta dan perubatan tradisional & komplementari serta aduan pelanggan dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

  1. Memastikan semua hospital kerajaan di negeri kedah Mengekalkan status persijilan Akreditasi.

  2. Penempatan setiap pegawai perubatan yang melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Kedah akan dijalankan pada hari yang sama.

  3. Dokumen Permohonan pendaftaran klinik yang lengkap di proses dalam masa tujuh (7) hari.

  4. Laporan Lembaga Perubatan akan dikeluarkan dalam masa enam (6) minggu dari tarikh penerimaan permohonan lengkap.

  5. Kelulusan Permohonan Pasukan Liputan Perubatan akan dimaklumkan dalam masa satu (1) minggu dari tarikh surat permohonan diterima.

Bahagian Perubatan terdiri dari 3 bahagian utama, iaitu Perkembangan Perubatan, Amalan Perubatan dan Kejuruteraan. Terdapat 5 unit di bahagian perubatan di bawah unit ini terdapat beberapa sub-unit yang mengendalikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan , iaitu :

1) CAWANGAN KUALITI PENJAGAAN PERUBATAN:-

  • Menyelaras, memantau dan menganalisa data-data dan aktiviti inisiatif kualiti di hospital dan di Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

  • Mengadakan latihan-latihan berkaitan kualiti yang diperlukan kepada hospital-hospital.

  • Mengadakan latihan-latihan berkaitan kawalan infeksi yang diperlukan kepada hospital-hospital bersama-sama Unit Kejururawatan.

  • Mewujudkan dan melaksanakan mekanisma penambahbaikan dalam mempromosikan bentuk, tatacara atau kaedah baru yang boleh diguna-pakai dalam peningkatan kualiti perkhidmatan hospital-hospital dan menyelaras dan membuat penilaian aktiviti peningkatan kualiti hospital-hospital.

2) CAWANGAN SUMBER PERUBATAN:-

  • Cawangan Sumber Perubatan merancang, menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti berkaitan Pengurusan Pentadbiran Bahagian Perubatan, sumber manusia, latihan perubatan, fasiliti dan peralatan perubatan serta belanjawan pengurusan di hospital-hospital seliaan di Negeri Kedah dan memastikan segala urusan pengurusan dan pentadbiran dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan berkualiti selaras dengan undang-undang, pekeliling, peraturan perbendaharaan dan prosedur kewangan dan peraturan perkhidmatan yang berkuatkuasa.

3) CAWANGAN PERKEMBANGAN PERUBATAN:-

  • CPP mempunyai 2 sektor iaitu Sektor Pengoperasian Hospital dan Sektor Perkhidmatan Klinikal.

    • Sektor Pengoperasian Hospital bertanggungjawab terhadap semua aspek berkaitan penyediaan perkhidmatan dan pengoperasian 10 buah hospital di bawah sektor ini iaitu Unit Kejururawatan, Unit PPP, Unit Casemix & Unit Rekod Perubatan.

      • Unit Casemix & Rekod Perubatan

        • merupakan unit yang mengumpul, menyimpan dan membekalkan statistik kesihatan maklumat di bawah Sistem Maklumat Rawatan Perubatan.

        • Maklumat yang disimpan meliputi statistik pesakit luar, pesakit dalam, perkhidmatan sokongan (contoh makmal perubatan, pemindahan darah, radiologi dan fisioterapi) dan Perkhidmatan Hospital Swasta dan Rumah Bersalin Swasta.

        • Unit ini juga memproses permohonan untuk lembaga perubatan dan juga mengendalikan laporan-laporan berkaitan dengan kes-kes perundangan (Medico-Legal)

4) UNIT KEJURUTERAAN OPERASI HOSPITAL:-

  • Unit Kejuruteraan (Operasi Hospital) telah beroperasi sejak 2010 di bawah Program Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

  • Unit ini diketuai oleh Ketua Unit Kejuruteraan Operasi Hospital J48 dan dibantu oleh Jurutera Mekanikal Kanan J44, Jurutera Mekanikal J41, Jurutera Elektrik J41 dan Jurutera Awam J41.

  • Di peringkat hospital, unit ini diketuai oleh Jurutera J41 dan Penolong Jurutera J29 pelbagai bidang.

  • Perjawatan dan pengisian jawatan bagi Unit Kejuruteraan (Operasi Hospital) Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

5) CAWANGAN KAWALAN AMALAN PERUBATAN SWASTA (CKAPS) :-

  1. Melaksana dan menguatkuasakan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Swasta 1998 [Akta 586], peraturan-peraturannya, perintah dan perkara yang berkaitan dengannya.
  2. Memproses permohonan yang berkaitan dengan pendaftaran dan pelesenan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta seperti berikut :
    • Pendaftaran (Klinik Perubatan Swasta dan Klinik Pergigian Swasta); Mengendalikan aduan & aktiviti penguatkuasaan bagi kemudahan & perkhidmatan jagaan kesihatan swasta & perkara yang berkaitan dengannya.
  3. Mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan Akta 586 termasuk :
    • Melaksana dan menguatkuasakan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan peningkatan kualiti yang berterusan seperti berikut :
      • Incident Reporting
      • Assessable Death (NMAC)
      • Quality Assurance Programme
      • Board of Visitor
      • Medical Advisory Committee
      • Grievances Mechanism
      • Social Contribution, dan sebagainya.
    • Menyelaras, memproses dan mengeluarkan kad kuasa mengikut peruntukan di bawah Akta 586 bagi Inspektor (Perubatan) yang dilantik oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia untuk menjalankan tugas penguatkuasaan.
    • Menyelaras, mengemaskini dan menyediakan maklumbalas berkaitan daftar-daftar di bawah Akta 586 termasuk carian daftar bagi Daftar Klinik (Klinik Perubatan Swasta), Daftar Klinik (Klinik Pergigian Swasta), Daftar Kelulusan Penubuhan atau Penyenggaraan KPJKS, Daftar Lesen KPJKS, Daftar MCO dan Daftar Inspektor.
    • Membangun, menyenggarakan, menyediakan maklumbalas dan memantapkan sistem permohonan online melalui “MedPCs” untuk semua kategori permohonan.
    • Menyelaras dan memastikan hal-hal berkaitan e-reporting, sumbangan sosial dan sebagainya bagi kemudahan jagaan kesihatan swasta.
    • Menjadi rujukan dan menyediakan khidmat nasihat serta maklumbalas untuk CKAPS JKN/JKWP dan pihak pemohon yang berkaitan termasuk mengadakan roadshow, perbincangan dan taklimat.
    • Mengumpul dan menganalisa data serta menyediakan maklumbalas berkaitan status pendaftaran dan pelesenan kemudahan jagaan kesihatan swasta
    • Menyediakan kertas kerja dan draf bagi pembentukan polisi baharu berkaitan dengan pendaftaran dan pelesenan semua kategori kemudahan dan perkhidmatann jagaan kesihatan swasta seperti obstestrik dan ginekologi, estetik, hiperbarik, hemodialisis dan sebagainya.
    • Mengumpul, menganalisa dan menyediakan maklumbalas ke atas cadangan pindaan Akta 586 dan Peraturan-peraturannya.
    • Melaksana dan menguatkuasakan akta-akta yang berkaitan dengan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta seperti Akta Kesihatan Mental 2001, Akta Makmal Patologi 2007, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 dan lain-lain.
    • Pelesenan kemudahan jagaan kesihatan swasta (Hospital Swasta, Hospital Psikiatri Swasta, Pusat Jagaan Ambulatori Swasta, Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta, Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri Swasta, Rumah Bersalin Swasta, Pusat Hemodialisis Swasta, Hospis Swasta, Pusat Kesihatan Mental Masyarakat Swasta).

CAWANGAN SUMBER PERUBATAN

  • Merancang, menyelaras serta memantau peruntukan kewangan.

  • Merancang, menyelaras serta memantau sumber manusia.

  • Merancang, menyelaras serta memantau latihan-latihan dalam perkhidmatan.

  • Mengurus hal-hal berkaitan pentadbiran dan pengurusan Bahagian Perubatan.

  • Menyelaras dan menyiasat serta menyelesaikan apa jua aduan-aduan berkaitan hospital.

CAWANGAN KUALITI PENJAGAAN PERUBATAN

  • Merancang, melaksana, dan memantau pencapaian klinikal serta pelaporan KPI/CLISQI/HPIA/PPTPA.

  • Bertindak sebagai sekretariat bagi pelaporan KPI Pengarah Kesihatan Negeri dan seliaan performance Indicator Surveillance Program Perubatan.

  • Menyelaraskan Quality Assurance Program (QAP) termasuk latihan, konvensyen, dan dokumentasi.

  • Mengenal pasti dan menyelia projek QA berkaitan perkhidmatan kesihatan.

  • Memantau pelaksanaan kajian kualiti dan menyelaras pengumpulan data QA hospital.

  • Memantau Malaysian Patient Safety Goal (MPSG) dan keselamatan pesakit.

  • Menyelaras program Incident Reporting (IR) hospital.

  • Bertindak sebagai sekretariat bagi program P5VS dan Program Bebas Kesakitan (PFP).

  • Menyelaras aktiviti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di hospital.

  • Memantau Piagam Pelanggan Teras KKM Bahagian Perubatan.

  • Mengurus aktiviti akreditasi hospital serta aktiviti kualiti lain seperti MS ISO dan EKSA.

  • Bertindak sebagai sekretariat Program Credentialing and Privileging (C&P) JKN Kedah.

  • Mengurus dan menganalisa data inisiatif kualiti di hospital dan JKN Kedah.

  • Mengadakan latihan kualiti dan kawalan infeksi bersama Unit Kejururawatan.

  • Memastikan mekanisme penambahbaikan kualiti di hospital dijalankan.

  • Mengurus latihan kualiti di peringkat negeri dan menyelaras aktiviti SIACC.

  • Mengendalikan Program Quality Assurance, HSA, dan DSA.

  • Menyelia aktiviti penyelidikan dan proses akreditasi di peringkat negeri.

  • Meningkatkan pengetahuan pelaksanaan kualiti di kemudahan kesihatan.

  • Memastikan indikator kualiti dipenuhi dan perkhidmatan yang berterusan.

  • Merancang dan memantau Pain As 5th Vital Sign dan Program Bebas Kesakitan.

  • Memantau aktiviti peningkatan kualiti seperti Clinical Audit dan inovasi.

  • Memantau piagam pelanggan teras KKM, keselamatan pesakit, dan pelaporan insiden.

  • Mengurus dan memantau serta Menyelaras aktiviti Kualiti, kawalan infeksi (SIACC), Wound Care, Pain Free, Hospital Mesra Ibadah, OSH Perubatan, PSQ18 dan CRC.

UNIT KEJURUTERAAN OPERASI HOSPITAL

  • KAWALSELIA PERKHIDMATAN SOKONGAN HOSPITAL

    • Sistem Penyenggaraan Kejuruteraan Fasiliti (FEMS)Sistem Penyenggaraan Kejuruteraan Biomedikal (BEMS),Sistem Pengurusan Sisa Klinikal (CWMS),Perkhidmatan Pembersihan (CLS),Perkhidmatan Dobi dan Linen (LLS).

  • PEMERIKSAAN TEKNIKAL SISTEM UTAMA

    • Unit ini juga terlibat dalam menjalankan pemeriksaan ke atas sistem mekanikal, elektrikal dan awam termasuk menyemak Laporan Penilaian Keadaan (Condition Appraisal) dan menyiasat aduan-aduan berkaitan Perkhidmatan Sokongan Hospital dan sistem teknikal hospital dan memastikan setiap aduan dari pihak hospital diambil tindakan. Antara sistem-sistem utama di hospital adalah :

      • Sistem Penghawa Dingin

      • Sistem Lift

      • Sistem Pencegah Kebakaran

      • Penyejuk Beku (Freezer) Rumah Mayat

      • Sistem UPS

      • Sistem Janakuasa Tunggu Sedia (Genset)

      • Sistem Perpaipan dan lain-lain

  • PROJEK PEMBANGUNAN, NAIKTARAF DAN MINOR WORKS

    • Menyemak dan memberI ulasan kepada semua permohonan naiktaraf yang dikemukakan dan terlibat secara langsung dalam proses perolehan kerja di hospital meliputi:-

      • Menyediakan skop dan spesifikasi kerja.

      • Memantau prestasi pelaksanaan projek.

      • Memantau kerja-kerja Pengujian dan Pentauliahan (Testing & Commissioning) aset dan fasiliti baru.

      • Memastikan Tempoh Tanggungan Kecacatan (Defect Liability Period) diuruskan dengan berkesan.

  • PENINGKATAN ILMU DAN KENDIRI

    • Unit Kejuruteraan Oerasi Hospital di Jabatan Kesihatan Negeri adalah bertanggungjawab untuk menyelaras latihan teknikal bagi tujuan peningkatan kemahiran kepada semua jurutera dan penolong jurutera operasi di sembilan buah hospital. Usaha ini bertujuan mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran yang relevan dengan tugas dan tanggungjawab pegawai dari masa ke semasa.

  • MEMANTAU PETUNJUK PRESTASI KPI-KPK

    • bertanggungjawab untuk memantau pencapaian bagi peratusan peralatan/sistem kejuruteraan yang mencapai uptime bagi Sistem Kejuruteraan Fasiliti (FEMS) dan Sistem Kejuruteraan Biomedikal (BEMS) mengikut sasaran yang ditetapkan.

CAWANGAN KAWALAN AMALAN PERUBATAN SWASTA (CKAPS)

  • Pendaftaran Klinik Perubatan Swasta.

  • Pembaharuan Lesen Premis Jagaan Kesihatan Swasta seperti Hospital Swasta , Pusat Hemodialisis Swasta , Rumah Kejurururawatan Swasta , Pusat Jagaan Ambulatori Swasta , Hospis Swasta.

  • Aduan berkaitan Premis Jagaan Kesihatan Swasta.

CAWANGAN PERKEMBANGAN PERUBATAN

CPP mempunyai 2 sektor iaitu Sektor Pengoperasian Hospital dan Sektor Perkhidmatan Klinikal.

  1. Sektor Pengoperasian Hospital:-

    Terdapat beberapa unit di bawah sektor ini iaitu Unit Kejururawatan Hospital, Unit PPP, Unit Casemix & Unit Rekod Perubatan.

    • Unit Penolong Pegawai Perubatan

      • Mengurus dan menyelaras penempatan Penolong Pegawai Perubatan di hospital-hospital seluruh negeri Kedah.

      • Mengurus perkhidmatan dan penempatan Program Penempatan Wajib (PPW) daripada Kementerian ke Hospital-hospital berpakar.

      • Merangka dan menyelaras program kerja program Penolong Pegawai Perubatan seluruh hospital di negeri Kedah.

      • Menjalankan dan menyelaras latihan-latihan untuk Penolong Pegawai -Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan pemandu ambulan.

      • Mengumpul dan menyelaras statistik jabatan kecemasan dan lain-lain jabatan hospital.

      • Menyelaraskan pembaharuan Sijil Perakuan Amalan Tahunan (APC) Penolong Pegawai Perubatan.

      • Menguruskan perkhidmatan liputan perubatan melibatkan jabatan kesihatan, negeri dan antarabangsa seperti liputan perubatan untuk DYMM Sultan Kedah, LIMA dan sebagainya.

      • Memantau dan menyelia aktiviti-aktiviti dan sistem penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan di hospital-hospital.

      • Merancang aktiviti kajian dan penyelidikan perubatan yang bersesuaian kepada Penolong Pegawai Perubatan.

      • Memastikan kod etika PPP, Akta 180(1977) dan Peraturan(1979) sentiasa dilaksanakan oleh semua Penolong Pegawai Perubatan di semua hospital di negeri Kedah.

      • Mengendalikan aduan-aduan dan salahlaku yang melibatkan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan di hospital-hospital.

    • Unit Kejururawatan

      • Merancang takwin dan menjalankan mesyuarat pengurusan dan teknikal kejururawatan di peringkat negeri.

      • Menyelaras penempatan jururawat lantikan baru, pindah masuk negeri kedah dan pertukaran dalaman kedah bagi jururawat mengikut kepakaran, kekosongan dan keperluan di fisiliti hospital dan kesihatan awam.

      • Menyelaras permohonan pembaharuan perakuan pengamalan jururawat tahunan ( Annual Practicing Certificate ) untuk anggota kejururawatan di peringkat negeri.

      • Mengendalikan siasatan aduan jururawat hospital dan kesihatan awam di peringkat negeri.

      • Menyelaras Training Need Analysis untuk mengenalpasti keperluan jururawat yang memerlukan kursus pos basik/pengkhususan di dalam setiap aktiviti di hospital dan kesihatan awam.

      • Menyelaras dan memantau program pementoran Kejururawatan di fasiliti hospital dan kesihatan awam di Negeri Kedah.

      • Mengumpul semua reten Perjawatan Kejururawatan dari hospital dan kesihatan awam di peringkat negeri Kedah dan dihantar kepada Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

    • Unit Casemix & Rekod Perubatan

      • a) Pengurusan Am

        • Pentadbiran am dan pengurusan perkhidmatan.

        • Sekretariat Jawatankuasa Rekod Perubatan.

        • Perancangan dan pelaksanaan latihan pengamal rekod perubatan.

        • Perancangan dan penyelarasan sumber.

        • Menjalankan aktiviti kualiti.

        • Pemantauan dan penilaian.

      • b) Analisa Dan Informasi Kesihatan

        • Pengurusan laporan HMIS dan Non-HMIS

        • Pengurusan laporan Hospital Swasta dan Rumah Bersalin Swasta

        • Analisa data

        • Data bank

        • Pengumpulan laporan

        • Fakta kesihatan/laporan tahunan

      • c) Pengurusan Rekod Perubatan

        • Perancangan dalam penyeragaman proses kerja di peringkat hospital.

        • Pemantauan perlaksanaan polisi.

        • Penilaian polisi dan melaksanakan garispanduan dan pekeliling.

      • d) Pengurusan Kes Perundangan

        • Pemantauan laporan penyediaan laporan perubatan.

        • Pengendalian permohonan penubuhan Lembaga Perubatan memantau dan menyelia laporan-laporan dari semua hospital kerajaan menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan (HMIS).

  2. Sektor Perkhidmatan Klinikal

    • bertanggungjawab menyelaras, memantau dan menilai program-program perubatan dan direktorat perkhidmatan klinikal di hospital-hospital termasuk kolaborasi dengan bahagian-bahagian lain.

Hubungi Kami

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah,

Simpang Kuala, Jalan Kuala Kedah,

05400 Alor Setar,

Kedah Darul Aman

Emel: jknkedah@moh.gov.my

Tarikh Kemaskini : 6 Februari 2025

Jumlah Pelawat

005938
Hari ini: 171
Minggu Ini: 1,556
Bulan ini: 1,852
Keseluruhan: 5,938