Bahagian Perkhidmatan Pergigian
- Pengenalan
- Visi & Misi
- Objektif
- Piagam Pelanggan
- Senarai & Fungsi Unit
- Perkhidmatan Ditawarkan
- Carta Organisasi
Perkhidmatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Darul Aman adalah berdedikasi untuk menggalak dan meningkatkan kesihatan mulut individu, keluarga dan masyarakat. Kesihatan mulut ialah keadaan kesihatan rongga mulut yang termasuk gigi dan tisu berkaitan tanpa penyakit yang aktif. Keadaan ini memungkinkan individu berkenaan untuk makan, bercakap dan bergaul tanpa rasa keidakselesaan dan segan silu dan menyumbang kepada kesihatan seulutuh tubuh badan serta pembangunan sesio-ekonomi
Misi Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Kedah adalah berdedikasi untuk meningkatkan kesihatan mulut individu, keluarga dan masyarakat ke tahap yang optima.
Objektif umum Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Kedah ialah untuk mempertingkatkan status kesihatan pergigian penduduk melalui aktiviti-aktiviti promosi, perkhidmatan pergigian, pencegahan, penggalakan, rawatan dan pemulihan supaya rakyat mencapai tahap kesihatan yang optima, hidup sihat serta dapat menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.
Pesakit dipanggil untuk perkhidmatan kesihatan pergigian dalam tempoh 30 minit.
Pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan kesihatan pergigian yang diterima .
PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
Melaksanakan tugas-tugas kesetiausahaan bagi TPKNG.
- UNIT PENTADBIRAN
Mengurus tadbir pejabat TPKNG.
Memastikan pengurusan ruang pejabat dan peralatan pejabat dijalankan dengan teratur.
Mengurus tadbir aset, stor dan inventori dengan lebih tersusun dan sistematik.
Mengurus semua hal ehwal perhubungan awam dan perkhidmatan pelanggan.
Memastikan dan menyelaras keselamatan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi, Arahan Keselamatan, dan Akta Arkib Negara.
Mengurus dan melaksanakan dokumentasi sumber manusia : hal-hal perkhidmatan termasuk rekod perkhidmatan, pengesahan dalam jawatan, kemasukan tetap dan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran, pengisytiharan harta, penilaian prestasi tahunan, persaraan dan tatatertib.
Menyedia dan mengawal peruntukan dan perbelanjaan tahunan.
Mengurus semua pembayaran bil dan tuntutan.
Mengurus tempahan tiket pengangkutan awam.
Mengurus perolehan.
Mengurus terimaan hasil dan akaun Panjar Wang Runcit.
Mengurus gaji anggota.
Mengurus pinjaman kerajaan.
SEKSYEN PENGURUSAN STRATEGIK KESIHATAN PERGIGIAN ( UNIT PERKEMBANGAN PROFESION, KAJISELIDIK DAN PENGURUSAN MAKLUMAT KESIHATAN PERGIGIAN, UNIT PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN FASILITI DAN TEKNOLOGI KESIHATAN PERGIGIAN)
Merancang melaksana, memantau dan menilai kursus/ latihan untuk anggota pergigian.
Menyemak dan menilai dokumentasi pewartaan pakar pergigian.
Merancang, melaksana, memantau dan menilai aktiviti kajiselidik (HSR) kesihatan pergigian.
Melaksana dan memantau tinjauan (survey) kesihatan mulut penduduk.
Memantau pelaksanaan maklumat kesihatan kesihatan pergigian (caj pergigian, pengurusan consent).
Merancang, melaksana, memantau Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (Pengurusan Bencana, Pandemik COVID19 dll).
Menyediakan khidmat rundingan dan nasihat ICT mengenai pelaksanaan dasar, polisi, standard, garis panduan dan program peningkatan pembangunan perkhidmatan awam.
Pengurusan dan pengoperasian sistem TPC-OHCIS, OHCIS, MyHDW, EMR, Klinik Pergigian Virtual, Sistem Janji temu KKM dan lain-lain sistem sokongan pergigian (dental digital imaging, 3D printing denture dll).
Melaksanakan kajian kesesuaian sistem maklumat bagi organisasi.
Menganalisa, mereka bentuk, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem.
Menjalankan kerja-kerja pemantauan keselamatan maklumat organisasi seperti tele-komunikasi dan rangkaian pusat data /pengkalan data.
Merancang dan memantau projek pembangunan baharu serta naiktaraf fasiliti sedia ada.
Merancang dan memantau perolehan aset pergigian dan bukan pergigian.
Memberi input teknikal berhubung penggunaan teknologi baharu di lapangan.
Merancang dan menyediakan permohonan program khusus untuk perkhidmatan kesihatan pergigian.
SEKSYEN PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN ( UNIT PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN PRIMER DAN KEPAKARAN , UNIT PERGIGIAN MASYARAKAT DAN PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN)
Merancang, memantau dan menilai penyampaian perkhidmatan pergigian primer (perkhidmatan pergigian ibu mengandung, pesakit luar, perkhidmatan endodontik di KP Primer : KEPP).
Merancang, memantau dan menilai penyampaian perkhidmatan pergigian kepakaran Bedah Mulut dan maksilofasial, Pergigian Paediatrik, Patologi dan Perubatan Mulut, Pergigian Penjagaan Khas, Pergigian Forensiik, Ortodontik, Periodontik, Pergigian Restoratif dan Kesihatan Awam Pergigian.
Merancang, memantau dan menilai penyampaian perkhidmatan pergigian masyarakat : program toddler, prasekolah, sekolah, warga emas, kanak-kanak istimewa, dewasa muda, orang asli, golongan terpinggir, pemfluoridaan bekalan air awam, program pengesanan pre-kanser dan kanser mulut,. Projek Kg Angkat.
Merancang, memantau dan menilai program pergigian pencegahan klinikal separti fluorida topikal, sealan fisur, kumuran fluorida.
Merancang, memantau dan menilai program promosi kesihatan pergigian : Ikon Gigi, Agenda Nasional Malaysia Sihat, KOA (Kesihatan Oral dan Agama), IPG (Institut Pendidikan Guru), Program Kolej Komuniti, Klinik Pergigian Mesra Promosi.
Merancang, melaksana, memantau dan menilai promosi kesihatan pergigian melalui media elektronik, media cetak dan media sosial.
Menjalankan kolaborasi dengan pelbagai agensi untuk pelaksanaan program kesihatan pergigian masyarakat.
- SEKSYEN AMALAN DAN PERKEMBANGAN KESIHATAN PERGIGIAN (UNIT AMALAN KESIHATAN PERGIGIAN PROFESIONAL DAN AUKSILIARI, UNIT KUALITI KESIHATAN PERGIGIAN UNIT PENGUATKUASAAN KESIHATAN PERGIGIAN)
Merancang, mengurus dan memantau Program New Dental Officer (NDO).
Merancang dan memantau penggunaan fasiliti kesihatan pergigian bagi latihan lapangan pelajar IPT.
Merancang dan melaksana urusan berkaitan perjawatan, kemajuan kerjaya dan kebajikan anggota pergigian profesional dan auksiliari.
Merancang, mengurus dan memantau permohonan Sijil Perakuan Amalan Tahunan serta lokum Pakar dan Pegawai Pergigian.
Merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan Sstem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:
Memantau pencapaian Key Performance Indicator (KPI).
Merancang, melaksana, memantau dan menilai aktiviti kawalan infeksi dan audit / pemantauan klinikal.
Merancang, melaksana, memantau dan menilai aktiviti Inisiatif Kualiti : QA, KIK, Inovasi, Heathy Settings, indikator NIA, (National Indicator Approach), DSA (District Specific Approach).
Memantau pelaksanaan Kajian Kepuasan Pelanggan.
Memantau pelaksanaan Program Pain as 5th Vital Sign.
Memantau pelaksanaan EKSA.
Memantau pelaksanaan MyPortfolio.
Mengurus, menyelia dan memantau maklumbalas / aduan pelanggan.
Memantau Incident Reporting & Patient Safety.
Merancang, melaksana, memantau aktiviti penguatkuasaan kesihatan pergigian & surveilan.
Mengendali dan menjalankan siasatan aduan ke atas Klinik Pergigian Swasta/ Kerajaan.
Merancang, melaksanakan, memantau aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan anggota (JKKP).
Menjalankan risikan dan dakwaan.
Menyediakan perkhidmatan penggalakan, pencegahan dan rawatan kepada kumpulan keutamaan dan orang ramai serta memastikan perkhidmatan ini dapat diperolehi dengan mudah dan selesa.