Bahagian Pengurusan
Bahagian Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKN) merupakan salah satu daripada enam komponen utama yang mendokong kepada pencapaian visi dan misi Jabatan. Bahagian Pengurusan berperanan penting dalam memberi perkhidmatan sokongan dari segi penyelarasan dan perancangan sumber manusia, kewangan, pembangunan, latihan, teknologi maklumat, psikologi kaunseling termasuk lain-lain urusan berkaitan ‘housekeeping’. Ia bertujuan membolehkan bahagian lain memberikan tumpuan sepenuhnya dalam meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.
UNIT KHIDMAT PENGURUSAN
Unit Khidmat Pengurusan, Bahagian Pengurusan JKN adalah merupakan unit sokongan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Peranan dan tanggungjawab unit ini selain menyelia urusan-urusan perkhidmatan sumber dalaman ianya juga bertanggungjawab memastikan dokumen, maklumat dan sumber penting berkaitan yang diterima dapat disalurkan ke Unit-Unit, Bahagian dan Pusat Tanggungjawab dengan lebih pantas dan berkesan. Unit Khidmat Pengurusan, Bahagian Pengurusan adalah merupakan Unit Sokongan kepada semua Bahagian di Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang menjalankan fungsi pentadbiran am dan keurusetiaan.
Fungsi Unit:
Memantau urusan persuratan dan pemfailan Jabatan.
Mengurus hal ehwal keselamatan pejabat di Jabatan.
Mengurus semua hal-hal berkaitan dengan permohonan telekomunikasi.
Menyelaras dan memantau pengurusan kenderaan Jabatan.
Menyelaras pengurusan aduan awam di peringkat Jabatan.
Bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan kontrak kebersihan pejabat.
Bertanggungjawab ke atas bilik simpanan fail-fail peribadi kakitangan dan umum serta menguruskan klasifikasi fail jabatan.
Menyelaras pelbagai urusan dengan Pentadbiran Kerajaan Negeri.
Mengurus setia mesyuarat – mesyuarat utama Jabatan.
Mengurus setia setiap majlis-majlis rasmi anjuran Jabatan dan juga di PTJ (Pegawai Protokol dan AJK sambutan)
Menguruskan pembekalan fabrik pakaian seragam.
UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT
Unit Pengurusan Maklumat (UPM) berperanan sebagai peneraju strategik dalam pelaksanaan program-program ICT di jabatan dan agensi.
Fungsi Unit:
1st Level Support bagi masalah teknikal perisian dan juga perkakasan.
Pelaksanaan dan penyelenggaraan rangkaian 1GOV*Net.
1st level support capaian dalam rangkaian MyGov*Net.
Memastikan Dasar Keselamatan ICT dipatuhi.
Pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi.
Pelaksanaan emel rasmi (MyGovUC) bagi mempertingkat sistem penyampaian perkhidmatan.
Sokongan teknikal ICT.
Membangun, mengurus dan mengemaskini portal rasmi JKN, memantau lawan web PTJ dan media sosial rasmi JKN.
Pelaksanaan latihan/kursus ICT bagi mengurangkan jurang digital.
Pengurusan pangkalan data dan bilik server.
UNIT SUMBER MANUSIA
Unit Sumber Manusia melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan empat (4) aktiviti utama iaitu urusan perkhidmatan, perjawatan, latihan dan penilaian kompetensi.
Unit ini juga turut bertanggungjawab di dalam mengurus, mentadbir dan mengendali sistem HRMIS bagi seluruh JKN Kedah.
UNIT PEMBANGUNAN
Unit Pembangunan merupakan focal point kepada Bahagian dan PTJ di JKN Kedah untuk sebarang urusan dengan Bahagian Pembangunan, KKM dalam hal ehwal berkaitan projek pembangunan, peruntukan pembangunan, pengurusan tanah dan penyewaan premis demis.
Fungsi Unit:
Mengurus dan menyelaras hal ehwal berkaitan perancangan dan pemantauan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia.
Mengurus dan menyelaras permohonan peruntukan pembangunan di bawah P42 serta memantau prestasi perbelanjaan tahunan.
Menyelaras hal ehwal berkaitan pengurusan tanah.
Menyelaras hal ehwal berkaitan pengurusan penyewaan premis demis.
UNIT KEWANGAN & AKAUN
Fungsi Unit:
Mengawal dan memantau pengurusan kewangan di peringkat negeri dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah.
Mengawal dan memantau segala perbelanjaan dengan teratur dan mengikut peraturan.
Menyelaraskan peruntukan mengurus serta memantau prestasi perbelanjaan Jabatan dan PTJ di bawah seliaan JKN Kedah.
Memantau dan mengawal pengurusan kutipan hasil di peringkat Jabatan dan semua PTJ di bawah seliaan JKN Kedah.
Bertindak sebagai urusetia bagi perolehan bekalan, kerja dan perkhidmatan melalui tender.
Mengurus perolehan bekalan, kerja dan perkhidmatan melalui pembelian terus dan sebutharga bagi JKN Kedah serta memantau urusan perolehan di peringkat PTJ.
Menyelaras dan memantau urusan berkaitan Pengurusan Aset Alih Jabatan dan PTJ di bawah seliaan JKN Kedah.
Menyelaras dan memantau urusan berkaitan Pengurusan Stor di peringkat Jabatan dan PTJ di bawah seliaan JKN Kedah.
Menguruskan kemudahan / tuntutan warga kerja bagi semua PTJ dan JKN Kedah.
UNIT PSIKOLOGI & KAUNSELING
Fungsi Unit:
Memberi perkhidmatan intervensi berdasarkan prinsip psikologi kepada anggota- anggota kesihatan yang berprestasi rendah mengikut garis panduan yang telah digariskan dalam Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan yang tersebut.
Merangka dan melaksana program-program kepada anggota-anggota kesihatan melalui pendekatan psikologi bagi tujuan meningkatkan kesedaran dan kemahiran diri seterusnya membolehkan mereka menguruskan emosi, pemikiran, dan tingkah laku dengan lebih efektif.
Membantu anggota, organisasi, khususnya JKN Kedah untuk mengenal pasti potensi diri, tahap kemahiran, keupayaan, minat, nilai serta sikap anggota melalui alat-alat pengukuran psikologi yang tertentu.
Memberi perkhidmatan input psikososial kepada anggota kesihatan seluruh negeri Kedah.
Merangka dan melaksakan program-program yang bertujuan bagi meningkatkan kesedaran diri seterusnya menjadikan anggota tersebut boleh menguruskan emosi, pemikiran dan tingkah laku dengan lebih efektif.
UNIT PEROLEHAN DAN ASET
maklumat sedang dikemaskini.
Sumber Manusia, Perjawatan dan Latihan
Kewangan
Pembangunan
Khidmat Pengurusan
Pengurusan Maklumat
Psikologi Kaunseling
Perolehan dan Aset