Accessibility Tools

Bahagian Kesihatan Awam

Bahagian Kesihatan Awam bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan Kesihatan Awam melalui aktiviti penjagaan kesihatan keluarga, pemantauan penyakit dan pencegahan serta kawalan, pemantauan keselamatan dan kualiti makanan serta air minuman, penguatkuasaan undang-undang kesihatan dengan sokongan aktiviti promosi serta kempen-kempen kesihatan untuk orang awam yang diselaraskan oleh 15 unit utama yang terdapat di bawahnya.

  • Visi: Menjadi peneraju dan penggerak utama ke arah pencegahan, perawatan, pemantauan dan promosi kesihatan yang cekap serta mesra pelanggan dan masyarakat.

     

  • Misi: Meningkatkan status kesihatan dan kesejahteraan rakyat Kedah dengan:

    • Memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, saksama dan memenuhi keperluan setempat.

    • Melaksanakan strategi intervensi kesihatan awam dengan pengoptimaan sumber berdasarkan bukti saintifik, dan nilai masyarakat setempat.

    • Memperkasa komuniti dalam penjagaan kesihatan kendiri.

    • Memperkukuh kerjasama strategik antara agensi kerajaan, swasta, NGO dan komuniti.

    • Mewujudkan ekosistem yang sihat, selamat, dan lestari melalui usaha kolaboratif, penguatkuasaan berkesan, dan promosi kesedaran komuniti demi kesejahteraan generasi kini dan masa depan.

  1. Merangka pemantauan dan analisa situasi perubahan dalam status kesihatan, termasuk kualiti hidup dan ketidaksamaan kesihatan, dan beban penyakit akut dan kronik demi perlindungan kesihatan awam untuk perlindungan orang ramai dan memberikan amaran awal tentang masalah kesihatan awam.

  2. Menganalisis survelan epidemiologi, pencegahan dan pengawalan penyakit / masalah Kesihatan Awam untuk memastikan tindakan awal kawalan dan pencegahan yang cekap dan efisien.

  3. Merancang pembangunan polisi dan perlaksanaan perancangan dalam Kesihatan Awam untuk peningkatan taraf kesihatan dan kualiti hidup

  4. Memacu pengurusan strategik sistem Kesihatan Awam untuk kebolehsampaian perkhidmatan kesihatan yang berkesan kepada oleh semua penduduk yang memerlukan.

  5. Menguatkuasakan akta dan peraturan yang berkaitan Kesihatan Awam untuk pematuhan kepada undang-undang dan peraturan Kesihatan Awam.

  6. Merancang pembangunan dan perancangan sumber manusia dalam Kesihatan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan bagi melahirkan tenaga kerja yang cekap dan kompeten.

  7. Merangka promosi kesihatan, penglibatan sosial dan pemerkasaan untuk menjadikan komuniti lebih sihat dengan advokasi kesihatan dan memperkasakan rakyat melalui penyampaian maklumat yang relevan, berkualiti tinggi dan berkesan kepada pemegang taruh.

  8. Menetapkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada individu dan masyarakat bagi meningkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup, mengurangkan ketidaksamaan kesihatan, menjaga kesihatan orang ramai, dan mengurangkan beban penyakit.

  9. Memberi khidmat nasihat penyelidikan, pembangunan dan pelaksanaan penyelesaian Kesihatan Awam yang inovatif untuk mempertingkatkan pembudayaan pengamalan perubatan berasaskan bukti (evidence based medicine) dalam Program Kesihatan Awam.

Terdapat pecahan 15 unit di bawah Bahagian Kesihatan Awam. Unit-unit tersebut adalah :

1) UNIT KESIHATAN KELUARGA

  • Pengurusan Strategik melibatkan penyediaan Pelan Tindakan, permohonan sumber kewangan dalam melaksanakan aktiviti kesihatan keluarga, merancang keperluan latihan anggota dan pengagihan sumber manusia berdasarkan keperluan perkhidmatan

  • Mengaplikasikan amalan klinikal dengan melaksanakan Mesyuarat Teknikal Kesihatan Keluarga Peringkat Negeri yang melibatkan kematian ibu, kematian kanak-kanak bawah 5 tahun dan kesihatan sekolah.

  • Pemantauan aktiviti, penilaian dan melaksanakan tindakan pencegahan termasuk kematian ‘’from womb to tomb’’ iaitu kesihatan kanak-kanak, remaja, wanita dan warga emas.

  • Berkolaborasi, advokasi dan komunikasi intra dan interagensi serta NGO dalam memperkasakan komuniti dalam penjagaan kesihatan.

  • Melaksanakan Dasar/Polisi KKM.

  • Melaksanakan tugas pengurusan dan pentadbiran am termasuk pengurusan kewangan

2) UNIT KESIHATAN PRIMER

  • Pengurusan Strategik melibatkan penyediaan Pelan Tindakan, permohonan sumber kewangan dalam melaksanakan aktiviti kesihatan Primer, merancang keperluan latihan anggota dan pengagihan sumber manusia berdasarkan keperluan perkhidmatan

  • Perlaksanaan dan Pemantauan Aktiviti Peningkatan Kualiti melalui pencapaian program NIA/KPI.

  • Melaksanakan Dasar/Polisi KKM.

  • Melaksanakan tugas pengurusan dan pentadbiran am termasuk pengurusan kewangan

  • Mentadbir, merancang, melaksana, menyelia,mempromosi, menilai,menyemak, menguatkuasa serta berkolaborasi dalam semua aspek bagi mengaplikasikan Pelan Strategik Pembangunan Kesihatan Keluarga(Kesihatan Primer)

3) UNIT KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT

  • Penyakit Cegahan Vaksin – Program eliminasi Measles, Hepatitis B Eliminasi, Pertusis, Diphteria

  • Penyakit Bawaan Air & Makanan – Hepatitis A, Tifoid, Cholera, Keracunan Makanan, Disentri

  • Penyakit Zoonotik – Leptospirosis, Melioidosis, HFMD, Human Rabies, Avian Influenza

  • MERS-CoV, Brucellosis

4) UNIT SURVALEN & KESIAPSIAGAAN

  • CPRC – Kesiapsiagaan dan pengurusan Wabak/ Bencana, RAT/RRT

  • Sektor Kesihatan Antarabangsa – Permit mayat/ tisu (BLESS), Pengurusan Jemaah Haji, Saringan Kesihatan di PMA

  • EWABAK – Pelaporan wabak/krisis/bencana di dalam sistem atas talian

  • Survalan gigitan anjing, AFP, AGE, ILI/Sari

5) UNIT AIDS/STI

  • Mengawal dan menyelia program HIV/ STI/ Hep C di klinik kesihatan

  • Menguruskan data berkaitan pengendalian kes ibu hamil yang HIV positif dan TPHA positif (PMTCT), methadone dan STI dari klinik kesihatan.

  • Mengawal selia program survelan HIV

  • Menjalankan saringan HIV dan Hep C

  • Menjalankan program pencegahan

  • Menguruskan data survelan berserta penyediaan data

  • Menjalankan program bersama agensi luar

6) UNIT TB/KUSTA

  • Merancang, menyelaras dan menilai program pencegahan & kawalan TB / Kusta

  • Melakukan Situational Analysis penyakit TB / Kusta

  • Melakukan pemantauan perlaksaan Program secara berkala

  • Melakukan pemantauan terhadap perlaksanaan saringan penyakit TB /Kusta khasnya bagi individu yang berisiko tinggi, Pusat Serenti dan Penjara, Pekerja Asing dan institusi pengajian tinggi

  • Memastikan notifikasi penyakit TB/Kusta di buat kedalam sistem e notifikasi dan MyTB

  • Memantau pengurusan kes TB/kusta yang telah disahkan dan dalam kalangan Petugas kesihatan (HCW)

  • Memastikan tindakan bersesuaian diambil keatas pesakit TB/Kusta yang engkar rawatan dan kontak yang gagal menjalani pemeriksaan kesihatan mengikut Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988

  • Menyelaras penyediaan laporan kematian TB

7) UNIT PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

  • Membentuk strategi, pelan tindakan dan keperluan sumber bagi pelaksanaan program-program pencegahan dan kawalan penyakit tidak berjangkit bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti

  • Menaikkan taraf kesihatan penduduk melalui pencegahan dan kawalan Penyakit-penyakit Tidak Berjangkit yang berkesa

  • Meningkatkan kualiti kerja anggota kesihatan dan prasarana pemberian perkhidmatan kesihatan di semua kemudahan kesihatan kerajaan

  • Mewujudkan sistem pemantauan yang berkesan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan pelan tindakan

8) UNIT KES. PEKERJAAN DAN ALAM SEKITAR (KPAS)

  • Menyelaras perkhidmatan kesihatan pekerjaan bagi anggota kesihatan di fasiliti KKM

  • Menyelaras sistem notifikasi dan survelen kemalangan di tempat kerja

  • Menawarkan perkhidmatan klinikal penyakit berkaitan pekerjaan

  • Memantau kes-kes kecederaan alatan tajam (Sharp Injury) pengurusan ‘Sharp Injury Surveillance (SIS)’

  • Menjalankan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di fasiliti KKM dalam mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

  • Meningkatkan kesedaran anggota kesihatan dan masyarakat mengenai kesihatan pekerjaan dan persekitaran

  • Memantau perlaksanaan kesihatan persekitaran di institusi seperti tadika, penjara dan institusi-institusi khas seperti Depot Tahanan Sementara dan rumah jagaan

  • Mengurus dan menyelaras kesiapsiagaan menghadapi bencana alam seperti banjir, cuaca panas dan jerebu empertingkatkan kolaborasi dengan jabatan-jabatan

9) UNIT VEKTOR

  • Memantau pengisian data atau pelaporan kes-kes penyakit bawaan vektor melalui sistem

  • Menjalankan saringan dan tindaksusul termasuk mesyuarat semakan kematian terhadap kes-kes penyakit bawaan vektor.

  • Memantau aktiviti kawalan dan pencegahan penyakit bawaan vektor yang dijalankan oleh pihak daerah

  • Pembukaan bilik gerakan di peringkat negeri dan penyeliaan wabak di daerah

  • Merancang dan menguruskan mobilisasi anggota dan lain-lain sumber

  • Menjalankan penyelidikan berkaitan dan latihan kepada anggota

10) UNIT ENTOMOLOGI & PEST

  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti berkaitan entomologi bagi tujuan pengawalan dan pencegahan penyakit bawaan serangga dan kacau ganggu pest.

11) UNIT PERKEMBANGAN KESIHATAN AWAM

  • Menyelaras dan memantau aktiviti peningkatan kualiti KA

  • Menantau aduan yang diterima

  • Menyelaras aktiviti LDP, latihan 7 hari termasuk peruntukan yang diterima

  • Menyelaras dan memantau aktiviti Latihan Pra Kepakaran PPKA

  • Urusetia Mesyuarat Teknikal KA

12) UNIT PROMOSI KESIHATAN

  • Merancang, melaksana dan memantau program promosi kesihatan di negeri Kedah.

  • Mengurus kempen-kempen kesihatan seperti Kempen Imunisasi dan sambutan hari-hari khas.

  • Menerbit dan mengedar bahan-bahan pendidikan kesihatan.

  • Mengurus program pendidikan kesihatan melalui media massa.

13) UNIT INSPEKTORAT & PERUNDANGAN

  • Menguatkuasakan Undang-Undang Kesihatan Awam dengan memastikan semua kesalahan dibawah akta diambil tindakan mahkamah.

  • Membantu Daerah dalam menjalankan pendakwaan bagi kesalahan dibawah Undang-Undang Kesihatan Awam.

  • Menyemak semua Kertas Siasatan dari daerah sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

  • Audit Teknikal Inspektorat ke daerah untuk memastikan kualiti kerja PPKP/PKP mengikut SOP dan Pelan Tindakan.

  • Mengadakan kursus dan latihan berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan untuk PKP/PPKP/PKA.

14) UNIT PEMAKANAN

  • Menilai, menganalisa dan memantau situasi pemakanan negeri semasa dan mencadangkan pelan tindakan yang besesuaian.

  • Merancang, membangun dan melaksana program promosi pemakanan dan perkhidmatan mengikut kumpulan umur.

  • Merancang, membangun dan menilai program intervensi dan pencegahan bagi pelbagai masalah pemakanan mengikut kumpulan umur.

15) UNIT KEJURUTERAAN

  • Merancang, melaksana, menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti di bawah Program Kejuruteraan Kesihatan Umum seperti KMAM, BAKAS, PEKA dan SEHAP.

  • Mengkoordinasi dan berkolaborasi bersama agensi awam dan swasta berkaitan aktiviti-aktiviti Program.

  • Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau aktiviti persampelan kualiti udara dalaman di Jabatan Kesihatan Negeri.

  • Melaksanakan dan menguruskan aktiviti-aktiviti PSK di peringkat negeri.

  • Menyelaras, merancang, memantau dan menilai pelaksanaan projek membaiki dan menaiktaraf fasiliti kesihatan.

  • Memberi khidmat nasihat teknikal kepada PTJ dan agensi-sgensi luar dan dalam.

 

Hubungi Kami

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah,

Simpang Kuala, Jalan Kuala Kedah,

05400 Alor Setar,

Kedah Darul Aman

Emel: jknkedah@moh.gov.my

Tarikh Kemaskini : 6 Februari 2025

Jumlah Pelawat

005949
Hari ini: 182
Minggu Ini: 1,567
Bulan ini: 1,863
Keseluruhan: 5,949