Bahagian Perkhidmatan Farmasi
- Pengenalan
- Visi & Misi
- Objektif
- Piagam Pelanggan
- Senarai & Fungsi Unit
- Perkhidmatan Ditawarkan
- Carta Organisasi
Bahagian Perkhidmatan Farmasi bertanggungjawab untuk memastikan orang awam mendapat keluaran farmaseutikal yang berkualiti, selamat dan berkesan, melindungi kepentingan mereka melalui penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan, serta memastikan ubat-ubatan digunakan oleh penyedia perkhidmatan kesihatan dan juga pesakit secara wajar.
Visi: Meningkatkan kesihatan rakyat menerusi kecemerlangan dalam amalan farmasi.
Misi:
Menguatkuasakan undang-undang dan memperbaharui polisi untuk meamstikan produk dan perkhidmatan farmaseutikal adalah berkualiti.
Memastikan sistem organisasi yang efektif dan responsif ke arah kelestarian perkhidmatan berkualiti.
Membina keupayaan dan profesionalisme menerusi pembangunan bakat dan pemerkasaan tenaga kerja.
Memperhebat kerjasama ke arah mencapai piawaian dan amalan terbaik.
Cawangan Pengurusan Farmasi:
Memastikan pengurusan sumber yang efisien dan cemerlang.
Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi:
Memastikan kebolehcapaian berterusan terhadap ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan kos efektif.
Memperkukuh pengunaan ubat-ubatan secara berkualiti dan rasional ke arah kesihatan yang lebih baik.
Meningkatkan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal selaras dengan piawaian dan amalan baik
Cawangan Penguatkuasaan Farmasi:
Memastikan penjualan, pembekalan , pemilikan dan pengiklanan substans, produk dan kosmetik mematuhi peruntukan undang-undang.
Permohonan lesen dan permit baru ubat terkawal diproses dan dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap
Aduan berkaitan kesalahan di bawah undang-undang farmasi yang diterima diberi maklum balas tindakan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan lengkap diterima
1) Cawangan Pengurusan Farmasi:
Merancang pengurusan keperluan sumber manusia Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi di Negeri Kedah supaya lebih efisen dan cemerlang
Menyelaras dan memantau pembangunan infrastruktur farmasi dan sistem kualiti perkhidmatan farmasi di fasiliti kesihatan di Negeri Kedah
Merancang dan menyelaras halatuju serta aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi Negeri Kedah
Menyelaras dan melaksanakan pengurusan perkhidmatan, pengurusan aset dan stor, pengurusan perolehan, pengurusan kenderaan dan pengurusan fail dan dokumen bagi anggota di Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Menyelaras dan memantau kedudukan perbelanjaan dan kewangan Bahagian Perkhidmatan Farmasi supaya lebih efisien.
2) Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi:
Memastikan keperolehan dan kepenggunaan ubat-ubatan yang berkualiti melalui amalan farmasi yang berkesan bagi mempertingkatkan Perkhidmatan Farmasi di Kedah .
Merancang dan memperkasakan pelaksanaan aktiviti amalan penjagaan farmaseutikal bagi memastikan penyampaian perkhidmatan selari dengan perkembangan semasa.
Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti amalan penjagaan farmaseutikal di fasiliti Kedah bagi memastikan pesakit mendapat penjagaan farmaseutikal yang optima dan berkesan.
Merancang dan memperkasakan pelaksanaan aktiviti farmasi dalam Program Rawatan Gantian Methadon di fasiliti Kedah bagi memastikan keberkesanan Program Pengurangan Kemudaratan.
Merancang dan memperkasakan perlaksanaan aktiviti pemantauan penggunaan antimikrobial dan ubat-ubatan tertentu serta berkolaborasi dengan bahagian dan agensi lain bagi memastikan ubat-ubatan digunakan secara rasional dan mencegah kerintangan antimikrob.
Menguruskan sistem pelaporan kesilapan pengubatan (Medication Error Reporting System- MERS).
Memperkukuhkan aktiviti keselamatan pengubatan di fasiliti-fasiliti kesihatan.
Memantau peruntukan, perbelanjaan dan kedudukan semasa inventori iaitu ubat, vaksin, bukan ubat dan reagen.
Menyelaras dan memantau aktiviti pengurusan stor di fasiliti Kedah.
Memperkukuh aktiviti maklumat ubat dan pendidikan pengguna berkaitan ubat-ubatan.
Memberi pendidikan kepada orang awam berkaitan penggunaan ubat secara berkualiti.
Menyedia maklumat ubat-ubatan yang tepat, relevan dan tidak berat sebelah.
Meningkatkan akses maklumat ubat-ubatan kepada orang awam.
Mempromosi penggunaan ubat secara berkualiti melalui pelbagai media.
Merancang dan memantau langkah intervensi yang berkesan bagi meningkatkan kepatuhan pesakit kepada rawatan dan meningkatkan kualiti hidup pesakit dengan memberi keutamaan kepada penggunaan ubat- ubatan yang berkualiti.
Menyelaras dan memantau pencapaian aktiviti kualiti Bahagian A&P Farmasi seperti key performance indikator dan piagam pelanggan agar perkhidmatan farmasi yang berkualiti dapat diberikan.
Menyelaras dan memantau pelaksanaan Audit Dalam Amalan farmasi (ADAF) bagi memastikan semua fasiliti farmasi mematuhi standard amalan farmasi yang ditetapkan.
3) Cawangan Penguatkuasaan Farmasi:
Seksyen Perisikan dan Operasi
Mengendalikan aduan risikan, audit, pemeriksaan dan serbuan berkaitan produk ubat berdaftar dan tidak berdaftar, ubat palsu, produk kosmetik, pengiklan produk ubat-ubatan dan perkhidmatan, etika ahli farmasi dan lain-lain yang melibatkan aktiviti penguatkuasaan farmasi meliputi premis fizikal dan elektronik.
Seksyen Pelesenan
Memproses lesen/ permit untuk aktiviti penjualan, penggunaan, pengimportan bagi racun, bahan psikotropik, bahan terkawal dan bahan kimia prekursor.
Menjalankan pemeriksaan meliputi premis berlesen, premis tidak berlesen dan premis berdaftar seperti klinik perubatan, farmasi, hospital, klinik pergigian swasta, klinik veterinar swasta, premis pemborong serta kilang yang mengendalikan ubat-ubatan terkawal dan bahan kimia berjadual bagi memastikan penjualan, pembekalan, pemilikan, pengiklanan substans, produk dan kosmetik mematuhi peruntukan undang-undang.
Seksyen Siasatan dan Pendakwaan
Menyelaras, memantau dan menjalankan aktiviti penyiasatan kes yang melibatkan keluaran farmaseutikal, racun berjadual, pengiklanan ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan yang menyalahi Akta dan Peraturan yang dikuatkuasakan.
Menyelaras, memantau dan mengendalikan pendakwaan kes di mahkamah.
Mengendalikan dan menyelesaikan isu-isu perundangan yang berbangkit dalam aktiviti penguatkuasaan farmasi.
Mengendalikan Stor Ekshibit Penguatkuasaan Farmasi mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Seksyen Kawalan Iklan dan Perkembangan Penguatkuasaan Farmasi
Menyelaras dan mengawal selia semua aktiviti bagi meningkatkan kesedaran pengguna mengenai penggunaan ubat-ubat berdaftar dan kosmetik bernotifikasi.
Menyedia dan menerbitkan bahan-bahan pendidikan termasuk infografik untuk kegunaan kempen berkaitan kesedaran pengguna dan penguatkuasaan Farmasi.
Mempertingkatkan usaha-usaha dalam mengurangkan permintaan terhadap ubat-ubat yang sering disalahgunakan seperti ubat dan kosmetik tidak berdaftar melalui ceramah di radio, facebook live, sekolah dan tempat awam.
Menyelaras aktiviti dialog, ceramah, pameran dan sesi perundingan bersama stakeholder.
Memantau iklan-iklan yang disiarkan melalui media cetak, elektronik dan media baharu bagi memastikan peruntukan undang-undang sedia ada dipatuhi.
Seksyen Kawalan Pintu Masuk
Menjalankan aktiviti saringan konsaimen, pemeriksaan fizikal, dan rampasan di pintu masuk.
Menjalankan aktiviti pemeriksaan bagasi penumpang, pemeriksaan fizikal, dan rampasan di pintu masuk.
Cawangan Pengurusan Farmasi:
-
Pengendalian Aduan Awam dan Pelanggan
-
Peluasan/Perkongsian Inisiatif Kualiti Program Perkhidmatan Farmasi
-
Pembangunan Fasiliti Bilik Bersih
-
Seminar Perkongsian Inisiatif Penambahbaikan Kualiti Farmasi
Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi:
-
Perkhidmatan Farmasi Klinikal
-
Program Kenali Ubat Anda
-
Rawatan Terapi Gantian Methadone
-
Rekonstitusi Ubat Sitotoksik (CDR)
-
Perkhidmatan "Home Medication Review" (HMR)
-
Farmasi Pesakit Dalam (Farmasi Wad)
-
Farmasi Bukan Steril
-
Farmasi Sokongan Nutrisi
-
Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi
-
Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
-
Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu
-
Permohonan Maklumat / Pertanyaan berkenaan Ubat-Ubatan
-
Pengumpulan dan Penganalisaan Data berkaitan Perolehan oleh Institusi KKM
-
Perkembangan Amalan Perolehan dan Pengurusan Stor Institusi KKM
-
Perkhidmatan Medication Therapy Adherance Clinic (MTAC)
-
Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat bagi Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (MyUBAT)
-
Penilaian Farmakoekonomik
-
Permohonan Memperolehi & Menggunakan Ubat Yang Memerlukan Kelulusan Khas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia/ Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
-
Perkhidmatan Farmasi 24 Jam
-
Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP1M)
-
Perkhidmatan Ubat Melalui Pihak Ketiga (UM3)
Cawangan Penguatkuasaan Farmasi:
-
Pengeluaran Permit Bahan Psikotropik (Methadone/Buprenorphine)
-
Kempen Tolak Ubat Tidak Sah (TOBaTS) & Pendidikan Pengguna
-
Pengeluaran Lesen A,B,D,E dan Permit NaOH, Pemeriksaan Premis Berlesen, Sesi Libat Urus bersama Pemegang Taruh