Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
- Pengenalan
- Visi & Misi
- Objektif
- Piagam Pelanggan
- Senarai & Fungsi Unit
- Perkhidmatan Ditawarkan
- Carta Organisasi
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab untuk melindungi orang awam dari bahaya kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penyimpanan makanan. Sebelum tahun 1985, penguatkuasaan ke atas keselamatan dan kualiti makanan dijalankan di bawah Ordinan Jualan Makanan dan Dadah 1952. Keperluan perundangan makanan direalisasikan dengan kemajuan negara sejajar dengan perkembangan dunia dalam sekuriti dan keselamatan makanan; perkembangan dalam teknologi penghasilan makanan serta pemasaran makanan melalui Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang dikuatkuasakan pada Oktober 1985.
Visi: Peneraju kawalan keselamatan dan kualiti makanan negara.
Misi: Memperkasakan kawalan keselamatan dan kualiti makanan di sepanjang rantaian bekalan makanan melalui akauntabiliti bersama pemegang taruh bagi memastikan rakyat mendapat makanan yang selamat dan berkualiti.
Melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan serta mempermudahkan perdagangan makanan melalui:
- Pengukuhan dasar dan perundangan keselamatan dan kualiti makanan;
- Pengukuhan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan ke atas makanan import, domestik dan premis makanan bagi memastikan kepatuhan terhadap perundangan makanan negara;
- Pengukuhan kawalan makanan eksport;
- Pemantapan intervensi dalam menangani isu dan cabaran keselamatan makanan;
- Penggunaan sains dan teknologi baharu dalam penghasilan maklumat keselamatan dan kualiti makanan berasaskan bukti saintifik;
- Pemerkasaan keupayaan komunikasi dan pendidikan berhubung keselamatan dan kualiti makanan;
- Pemerkasaan industri makanan dan pengguna dalam pembudayaan keselamatan dan kualiti makanan; dan
- Pemantapan kolaborasi dengan semua pemegang taruh di dalam dan luar negara bagi melindungi kepentingan negara berkaitan keselamatan dan kualiti makanan.
-
Pengeluaran Sijil Jualan Bebas (Free Sale Certificate) dikeluarkan kepada syarikat yang memohon dalam masa satu (1) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.
-
Sijil Kesihatan dan Sijil Eksport dikeluarkan setelah dokumen dan maklumat lengkap diperoleh daripada syarikat yang memohon dalam masa:
-
Tiga (3) hari bekerja (sekiranya produk mempunyai sijil HACCP dari Kementerian Kesihatan).
-
Sembilan belas (19) hari bekerja (sekiranya produk tiada sijil HACCP).
-
Unit Pematuhan Domestik dan Import
Unit Pelesenan dan Eksport
Unit Promosi dan Perkhidmatan Makanan
Unit Pensijilan
Unit Rantaian Makanan
Unit Surveilan dan Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM)
Unit Pentadbiran dan Kewangan
Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan
-
Khidmat nasihat dan pengauditan :-
-
Pensijilan HACCP, GMP, MeSTI, TMC, My Food Tag, Makanan Organik dan Autentik
-
Pengiktirafan BeSS
-
Penyenaraian Home-based Food
-
Pelesenan Air (Air Mineral Semulajadi dan Air Minuman Berbungkus), Ais dan Mesin Jual Air
-
Keperluan Pengeksportan dan Pengimportan Makanan
-
Sijil Kesihatan dan Sijil Penjualan Bebas
-
Program Latihan Pengendali Makanan
-
-
Pengeluaran sijil bagi tujuan pengeksportan makanan:-
-
Sijil Kesihatan
-
Sijil Penjualan Bebas
-
-
Menerima aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan
-
Pendaftaran premis makanan (FoSIM)