PENGENALAN
Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) yang bertanggungjawab ke atas Program Perubatan yang merangkumi urusan perkhidmatan 9 buah hospital di negeri Kedah termasuk Perkhidmatan Kepakaran dan Subkepakaran, Perkhidmatan Sokongan Klinikal Hospital, Pengurusan Teknikal Rawatan Perubatan, Kejuruteraan (Operasi Hospital), Penyelenggaraan Rekod Perubatan, Kawalan Amalan Perubatan Swasta dan Kawalan Kualiti Perkhidmatan Perubatan.
Program Perubatan berperanan menyediakan perkhidmatan perawatan di tahap sekunder dan tertiari. Disamping itu juga, program ini menyediakan perkhidmatan pengesanan penyakit (diagnostic), promosi kesihatan (promotive) dan pemulihan (rehabilitative) kepada semua penduduk di Negeri Kedah.
Bahagian Perubatan juga memantau 332 klinik perubatan swasta, 9 hospital swasta , 38 pusat hemodialisis swasta dan sebuah rumah bersalin swasta yang memberi perkhidmatan primer, sekunder dan tertiari kepada populasi negeri Kedah.
VISI
Perkhidmatan perubatan yang terbaik untuk rakyat Negeri Kedah.
MISI
Program perubatan akan membentuk kerjasama untuk memangkin dan membantu individu untuk:
- Menikmati tahap kesihatan yang sempurna
- Menggalakkan individu untuk menilai kesihatan sebagai satu aset yang paling berharga
- Mengambil langkah positif untuk memperbaiki dan menjaga status kesihatan mereka untuk menikmati kehidupan yang lebih baik
OBJEKTIF
- Memberi perkhidmatan perubatan yang cekap dan berkesan
- Merancang, menganjur dan menyelaras latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sumber manusia
- Mengawal dan menilai semua program aktiviti penjagaan kesihatan
- Memastikan keberkesanan system pengurusan maklumat kesihatan melalui pengurusan rekod yang sistematik dan teratur
- Memastikan taraf infrastruktur dan perkhidmatan fasiliti kesihatan swasta menepati piawaian yang ditetapkan melalui pemprosesan permohonan pendaftaran, perlesenan dan penguatkuasaan semua kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta
PIAGAM PELANGGAN
- Memastikan semua hospital kerajaan di negeri kedah mengekalkan status pensijilan acreditasi hospital
- Penempatan setiap pegawai perubatan yang melapur diri di Jabatan Kesihatan Negeri Kedah akan dijalankan pada hari yang sama
- Dokumen permohonan pendaftaran klinik swasta yang lengkap diproses dalam masa 7 hari
- Laporan lembaga perubatan akan dikeluarkan dalam masa 6 minggu dari tarikh penerimaan permohonan lengkap
- Kelulusan permohonan pasukan liputan perubatan akan dimaklumkan dalam masa satu minggu dari tarikh surat permohonan diterima
UNIT DI BAHAGIAN PERUBATAN
Bahagian Perubatan terdiri dari 3 bahagian utama, iaitu Perkembangan Perubatan, Amalan Perubatan dan Kejuruteraan . Terdapat 7 unit di bahagian perubatan yang mengendalikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan , iaitu :
- Unit Program Kualiti Inovasi dan latihan (Klik disini untuk maklumat lanjut)
- Unit Pentadbiran Am
- Unit Rekod Perubatan (Klik disini untuk maklumat lanjut)
- Unit Kejuruteraan Operasi Hospital (Klik disini untuk maklumat lanjut)
- Unit Kejururawatan (Klik disini untuk maklumat lanjut)
- Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS) (Klik disini untuk maklumat lanjut)
- Unit Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (Klik disini untuk maklumat lanjut)