FB FAQ Icon Aduan Icon 

FB FAQ Icon Aduan Icon

 

Bahagian Kesihatan Awam


Objektif Bahagian Kesihatan Awam

Bahagian Kesihatan Awam bertanggungjawab untuk mengurus pemberian perkhidmatan Kesihatan Awam melalui aktiviti penjagaan kesihatan keluarga, pemantauan penyakit dan    pencegahan serta kawalan, pemantauan keselamatan dan kualiti makanan serta air minuman, penguatkuasaan undang-undang kesihatan dengan sokongan aktiviti promosi serta kempen-kempen kesihatan untuk orang awam yang diselaraskan oleh 7 unit utama yang terdapat di bawahnya. Unit-unit tersebut adalah:

  • Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga
  • Unit Kawalan Penyakit (Berjangkit & Tidak Berjangkit)
  • Unit Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar
  • Unit Keselamatan & Kualiti Makanan
  • Unit Kejuruteraan Kesihatan
  • Unit Promosi Kesihatan
  • Unit Inspektorat & Perundangan
  • Unit Pemakanan

Terdapat pecahan 11 unit di bawah Bahagian Kesihatan Awam. Unit-unit tersebut adalah :

  • Unit Kesihatan Keluarga
  • Unit Kesihatan Primer
  • Unit Penyakit Berjangkit (CDC)
  • Unit HIV/STI
  • Unit Penyakit Bawaan Vektor
  • Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
  • Unit Kesihatan Pekerjaan
  • Unit Kesihatan Alam Sekitar
  • Unit Survelan
  • Unit Kejuruteraan Kesihatan - BAKAS, KMKM
  • Unit Keselamatan & Kualiti Makanan
  • Unit Promosi Kesihatan
  • Unit Pemakanan

Objektif Khusus

  1. Merancang, melaksanakan, mengawas dan menilai kesan program atau aktiviti di atas.
  2. Menggalakkan perhubungan dengan masyarakat untuk menerima dan mengamalkan sikap bantu diri atau mengamalkan konsep 'primary health care'
  3. Menyelaras dan memberi nasihat apabila perlu dalam mengawal wabak penyakit.
  4. Memberi nasihat penguatkuasaan dan mengemaskini undang-undang berkenaan.
  5. Mengawas pegawai-pegawai dan penjawat awam dalm pelbagai aktiviti program kesihatan awam dari segi kecekapan dan keberkesanan kerja-kerja teknikal.
  6. Mengurus latihan kakitangan yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti kesihatan awam.
  7. Memberi khidmat nasihat dan kerjasama dengan lain-lain perkhidmatan sama ada dalam sama jabatan mahupun dari jabatan lain, agensi lain dan orang ramai.
  8. Menyelaras dan mengambil bahagian dalam persidangan kesihatan sempadan dengan negara-negara jiran.
  9. Memberi maklumbalas penerangan kegiatan dan pencapaian matlamat pelbagai aktiviti program kesihatan awam.
  10. Merancang dan melaksanakan projek penyelidikan berfaedah berkaitan dengan Program Kesihatan awam.

 

HUBUNGI KAMI

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah,
Simpang Kuala, Jalan Kuala Kedah 
05400 Alor Setar,
Kedah Darul Aman
Tel : 04-7741000

E-Mel: jknkedah@moh.gov.my

Tarikh Kemaskini: 08 Disember 2024

JUMLAH PENGUNJUNG
1892249
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Keseluruhan
4521
33486
77142
1892249