HalamanInformasiProsearch
- Prosearch ialah laman web bermaklumat, interaktif dan mesra pengguna untuk membantu pengguna mendapatkan maklumat tentang produk ubat berdaftar dan kosmetik bernotifikasi.
- Portal ini membantu pengguna mengakses maklumat dengan pantas tentang:
- Mengenalpasti produk ubat berdaftar dan kosmetik bernotifikasi.
- Kawalan pengimportan produk ubat dan kosmetik dari luar Malaysia.
- Contoh sebahagian produk ubat tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi yang dilarang di dalam Malaysia.
- Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Negeri Kedah bertanggungjawab memastikan semua dasar yang berkaitan dengan aktiviti pengawalseliaan farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia di negeri Kedah dipatuhi.
- Objektif kami:
- Memastikan produk ubat dan kosmetik yang diluluskan untuk pasaran tempatan adalah selamat, berkesan dan berkualiti.
- Memastikan iklan ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan mematuhi akta dan peraturan yang dikuatkuasakan.
- Meningkatkan kesedaran pengguna tentang penggunaan produk ubat berdaftar dan kosmetik bernotifikasi.
- Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia telah terlibat secara aktif dalam saringan pengimportan barangan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952.
Cawangan Penguatkuasaan Farmasi,
Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah,
Jalan Kuala Kedah, Simpang Kuala,
05400 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-7741000
Email:cpfkedah@moh.gov.my
- Bagaimana untuk mengenal pasti produk ubat berdaftar dan kosmetik bernotifikasi?
- Bagaimana cara menggunakan Carian Produk Quest3+?