FB FAQ Icon Aduan Icon 

FB FAQ Icon Aduan Icon

 

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan


CARTA ORGANISASI

cartabkkm

VISI

Memastikan keselamatan makanan dan mempertingkatkan integriti negara dalam keselamatan dan kualiti makanan melalui tanggungjawab dan akauntabiliti bersama berasaskan sistem pengurusan tripartite yang berkesan ke arah Wawasan 2020

MISI

Mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi meransang dan memudahkan rakyat untuk:

  • Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka.
  • Menghargai  kesihatan sebagai aset yang bernilai.
  • Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM :

Untuk melindungi orang ramai terhadap bahaya-bahaya kesihatan daripada makanan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan.

OBJEKTIF KHUSUS :

  1. Menentukan agar penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan mentah adalah selamat dan bersih.
  2. Menentukan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah:

    • bebas dari pencemaran dan penambahan aditif makanan yang tidak diperlukan dan penipuan.
    • mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
    • dilabel dan diiklankan dengan tidak mengelirukan dan memberikan gambaran sebenar mengenai kandungan makanan tersebut
  3. Menentukan supaya semua bahan makanan yang diimport ke negara ini adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
  4. Menentukan konsaiman makanan yang dieksport oleh negara ini mematuhi perundangan-perundangan yang dikehendaki oleh negara-negara pengimport.
  5. Menentukan orang ramai menerima maklumat yang mencukupi mengenai aspek keselamatan makanan.

 PIAGAM PELANGGAN

  1. Pengeluaran Sijil Jualan Bebas (Free Sale Certificate) dikeluarkan kepada syarikat yang memohon dalam masa satu (1) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.
  2. Sijil Kesihatan dan Sijil Eksport dikeluarkan setelah dokumen dan maklumat lengkap diperoleh daripada syarikat yang memohon dalam masa:
    - Tiga (3) hari bekerja (sekiranya produk mempunyai sijil HACCP dari Kementerian Kesihatan).
    - Sembilan belas (19) hari bekerja (sekiranya produk tiada sijil HACCP).

UNIT DI BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

  • Unit Export
  • Unit Industri Domestik
  • Unit SLPM, Sekolah dan Promosi
  • Unit PLKN dan Penyelidikan
  • Unit Makmal
  • Unit Pentadbiran
  • Unit Kewangan

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Pensijilan (HACCP, GMP, MeSTI, BeSS)
  • Pelesenan (Air, Ais, Mesin Jual Air)
  • Makmal Analisis Makanan
  • Sekolah Latihan Pengendali Makanan di Negeri Kedah
  • Export Makanan
  • Sijil Kesihatan

LAMAN WEB BERKAITAN

HUBUNGI KAMI

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah,
Simpang Kuala, Jalan Kuala Kedah 
05400 Alor Setar,
Kedah Darul Aman
Tel : 04-7741000

E-Mel: jknkedah@moh.gov.my

Tarikh Kemaskini: 08 Disember 2024

JUMLAH PENGUNJUNG
1892168
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Keseluruhan
4440
33405
77061
1892168