Facebook JKN Tweeter JKN RSS

Bahagian Pengurusan

Bahagian Pengurusan
on 2017/7/27 7:58:40 (600 reads)
Bahagian Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKN) merupakan salah satu daripada enam komponen utama yang mendokong kepada pencapaian visi dan misi Jabatan. Bahagian Pengurusan berperanan penting dalam memberi perkhidmatan sokongan dari segi penyelarasan dan perancangan sumber manusia, kewangan, pembangunan, latihan, teknologi maklumat, psikologi kaunseling termasuk lain-lain urusan berkaitan ‘housekeeping’. Ia bertujuan membolehkan bahagian lain memberikan tumpuan sepenuhnya dalam meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai, justeru merealisasikan hasrat YAB. Perdana Menteri agar rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan adalah merangkumi komponen-kompenen utama pengurusan iaitu:

i. Sumber Manusia, Perjawatan dan Latihan
ii. Kewangan
iii. Pembangunan
iv. Khidmat Pengurusan
v. Teknologi Maklumat
vi. Psikologi Kaunseling


UNIT SUMBER MANUSIA

Unit Sumber Manusia melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan empat (4) aktiviti utama iaitu urusan perkhidmatan, perjawatan, latihan dan penilaian kompetensi. Unit ini juga turut bertanggungjawab di dalam mengurus, mentadbir dan mengendali sistem HRMIS bagi seluruh JKN Kedah.


UNIT KEWANGAN

Fungsi Utama Unit
1. Mengawal dan memantau pengurusan kewangan di peringkat negeri dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah.
2. Mengawal dan memantau segala perbelanjaan dengan teratur dan mengikut peraturan.
3. Menyelaraskan peruntukan mengurus serta memantau prestasi perbelanjaan Jabatan dan PTJ di bawah seliaan JKN Kedah.
4. Memantau dan mengawal pengurusan kutipan hasil di peringkat Jabatan dan semua PTJ di bawah seliaan JKN Kedah.
5. Bertindak sebagai urusetia bagi perolehan bekalan, kerja dan perkhidmatan melalui tender.
6. Mengurus perolehan bekalan, kerja dan perkhidmatan melalui pembelian terus dan sebutharga bagi JKN Kedah serta memantau urusan perolehan di peringkat PTJ.
7. Menyelaras dan memantau urusan berkaitan Pengurusan Aset Alih Jabatan dan PTJ di bawah seliaan JKN Kedah.
8. Menyelaras dan memantau urusan berkaitan Pengurusan Stor di peringkat Jabatan dan PTJ di bawah seliaan JKN Kedah.
9. Menguruskan kemudahan / tuntutan warga kerja bagi semua PTJ dan JKN Kedah


UNIT PEMBANGUNAN

Unit Pembangunan bertanggungjawab menyelaraskan perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan di Negeri Kedah. Unit Pembangunan saling bekerjasama dengan Ketua-ketua Program, Ketua-ketua Jabatan di peringkat Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat Pergigian Daerah bagi merancang dan mengenal pasti projek-projek untuk dilaksanakan sepanjang Rancangan Lima Tahun Malaysia (RMK). Selain itu, Unit Pembangunan juga menguruskan peruntukan Belanja Pembangunan (P42).


UNIT KHIDMAT PENGURUSAN

Unit Khidmat Pengurusan, Bahagian Pengurusan JKN adalah merupakan unit sokongan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Peranan dan tanggungjawab unit ini selain menyelia urusan-urusan perkhidmatan sumber dalaman ianya juga bertanggungjawab memastikan dokumen, maklumat dan sumber penting berkaitan yang diterima dapat disalurkan ke Unit-Unit, Bahagian dan Pusat Tanggungjawab dengan lebih pantas dan berkesan.


UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

Antara aktiviti utama Unit Teknologi Maklumat adalah seperti berikut:-
1. Pelaksanaan dan penyelenggaraan rangkaian 1GOV*Net,
2. Pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi,
3. Pelaksanaan emel rasmi bagi mempertingkat sistem penyampaian perkhidmatan, dan
4. Pelaksanaan latihan/kursus ICT bagi mengurangkan jurang digital.


UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING

Fungsi Unit
1. Memberi perkhidmatan intervensi berdasarkan prinsip psikologi kepada anggota- anggota kesihatan yang berprestasi rendah mengikut garis panduan yang telah digariskan dalam Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan yang tersebut.
2. Merangka dan melaksana program-program kepada anggota-anggota kesihatan melalui pendekatan psikologi bagi tujuan meningkatkan kesedaran dan kemahiran diri seterusnya membolehkan mereka menguruskan emosi, pemikiran, dan tingkah laku dengan lebih efektif.
3. Membantu anggota, organisasi, khususnya JKN Kedah untuk mengenal pasti potensi diri, tahap kemahiran, keupayaan, minat, nilai serta sikap anggota melalui alat-alat pengukuran psikologi yang tertentu.
4. Memberi perkhidmatan input psikososial kepada anggota kesihatan seluruh negeri Kedah.
5. Merangka dan melaksakan program-program yang bertujuan bagi meningkatkan kesedaran diri seterusnya menjadikan anggota tersebut boleh menguruskan emosi, pemikiran dan tingkah laku dengan lebih efektif.