Perkhidmatan psikologi kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik dan berterusan untuk mencapai matlamat ke arah masyarakat yang sihat. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada semua golongan masyarakat bagi mencapai kesejahteraan psikologi.
Perkhidmatan ini boleh didapati sama ada secara bersemuka, panggilan telefon atau emel seperti berikut:
No. Telefon : 04-7741076/ 1075/ 1074/ 2339 Email : kaunselingjknkedah@moh.gov.my
Maklumat berkaitan perkhidmatan psikologi kaunseling boleh dimuat turun seperti berikut:
1. Risalah Perkhidmatan Kaunseling
2. Kit Pengurusan Emosi
3. Borang Rujukan Perkhidmatan Kaunseling (sukarela/rujukan) *Borang rujukan perkhidmatan kaunseling yang telah lengkap diisi boleh di emel ke alamat emel yang tertera di atas.
Kami juga menawarkan perkhidmatan talian sokongan kesihatan mental dan psikososial (MHPSSS) untuk masyarakat yang terjejas dengan pandemik Covid-19 melalui talian di bawah:
No.Talian MHPSS: 010-8703703
Beroperasi waktu pejabat sahaja: Ahad-Rabu (8.00pg-5.00ptg) Khamis (8.00pg-3.30ptg)
Saringan minda sihat boleh dilakukan sendiri dengan klik di link bawah:
Saringan Minda Sihat-DASS 21
Atau scan QR Code di bawah:

|