Facebook JKN Tweeter JKN RSS RSS

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan

on 2014/5/7 6:58:58 (5659 reads)

CARTA ORGANISASI



VISI


Memastikan keselamatan makanan dan mempertingkatkan integriti negara dalam keselamatan dan kualiti makanan melalui tanggungjawab dan akauntabiliti bersama berasaskan sistem pengurusan tripartite yang berkesan ke arah Wawasan 2020


MISI


Mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi meransang dan memudahkan rakyat untuk:



  • Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka.

  • Menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai.

  • Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu


OBJEKTIF


OBJEKTIF AM :


Untuk melindungi orang ramai terhadap bahaya-bahaya kesihatan daripada makanan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan.


OBJEKTIF KHUSUS :



  1. Menentukan agar penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan mentah adalah selamat dan bersih.

  2. Menentukan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah:


    • bebas dari pencemaran dan penambahan aditif makanan yang tidak diperlukan dan penipuan.

    • mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

    • dilabel dan diiklankan dengan tidak mengelirukan dan memberikan gambaran sebenar mengenai kandungan makanan tersebut


  3. Menentukan supaya semua bahan makanan yang diimport ke negara ini adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

  4. Menentukan konsaiman makanan yang dieksport oleh negara ini mematuhi perundangan-perundangan yang dikehendaki oleh negara-negara pengimport.

  5. Menentukan orang ramai menerima maklumat yang mencukupi mengenai aspek keselamatan makanan.


PIAGAM PELANGGAN


1.   Pengeluaran Sijil Jualan Bebas (Free Sale Certificate) dikeluarkan kepada syarikat yang memohon dalam masa satu (1) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.

2.   Sijil Kesihatan dan Sijil Eksport dikeluarkan setelah dokumen dan maklumat lengkap diperoleh daripada syarikat yang memohon dalam masa:

- Tiga (3) hari bekerja (sekiranya produk mempunyai sijil HACCP dari Kementerian Kesihatan).

- Sembilan belas (19) hari bekerja (sekiranya produk tiada sijil HACCP).


UNIT DI BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN



  • Unit Export

  • Unit Industri Domestik

  • Unit SLPM, Sekolah dan Promosi

  • Unit PLKN dan Penyelidikan

  • Unit Makmal

  • Unit Pentadbiran

  • Unit Kewangan


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN



  • Pensijilan (HACCP, GMP, MeSTI, BeSS)

  • Pelesenan (Air, Ais, Mesin Jual Air)

  • Makmal Analisis Makanan

  • Sekolah Latihan Pengendali Makanan di Negeri Kedah

  • Export Makanan

  • Sijil Kesihatan


LAMAN WEB BERKAITAN


Bahagian Keselematan dan Kualiti Makanan KKM

http://fsq.moh.gov.my