Facebook JKN Tweeter JKN RSS

Bahagian Pergigian

on 2014/5/7 4:42:31 (5579 reads)

MISI PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN NEGERI KEDAH


Misi Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Kedah adalah berdedikasi untuk meningkatkan kesihatan mulut individu, keluarga dan masyarakat ketahap yang optima.


MISI BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


Untuk memberi perkhidmatan pergigian kepada semua penduduk supaya mencapai dan mempertahankan tahap kesihatan mulut yang optima di kalangan individu, keluarga, masyarakat melalui usaha-usaha menggalak tabiat-tabiat kesihatan yang positif dan memastikan Perkhidmatan Pergigian yang berkualiti dan berteknologi sesuai.


OBJEKTIF PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN NEGERI KEDAH


Objektif umum Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Kedah ialah untuk mempertingkatkan status kesihatan pergigian penduduk melalui aktiviti-aktiviti promosi, perkhidmatan pergigian, pencegahan, penggalakan, rawatan dan pemulihan supaya rakyat mencapai tahap kesihatan yang optima, hidup sihat serta dapat menjalankan kehidupan ekonomi da sosial yang produktif.


OBJEKTIF KHUSUS PEJABAT TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (PERGIGIAN) KEDAH

Memberi perkhidmatan pentadbiran dan pengurusan kewangan serta pentadbiran program kesihatan pergigian yang efektif dan efisyen.