Facebook JKN Tweeter JKN RSS RSS

Bahagian Kesihatan Awam

on 2014/5/7 4:14:50 (8456 reads)




Objektif Bahagian Kesihatan Awam


Bahagian Kesihatan Awam bertanggungjawab untuk mengurus pemberian perkhidmatan Kesihatan Awam melalui aktiviti penjagaan kesihatan keluarga, pemantauan penyakit dan pencegahan serta kawalan, pemantauan keselamatan dan kualiti makanan serta air minuman, penguatkuasaan undang-undang kesihatan dengan sokongan aktiviti promosi serta kempen-kempen kesihatan untuk orang awam yang diselaraskan oleh 7 unit utama yang terdapat di bawahnya. Unit-unit tersebut adalah:


  • Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga

  • Unit Kawalan Penyakit (Berjangkit & Tidak Berjangkit)

  • Unit Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar

  • Unit Keselamatan & Kualiti Makanan

  • Unit Kejuruteraan Kesihatan

  • Unit Promosi Kesihatan

  • Unit Inspektorat & Perundangan

  • Unit Pemakanan


Terdapat pecahan 11 unit di bawah Bahagian Kesihatan Awam. Unit-unit tersebut adalah :

  • Unit Kesihatan Keluarga

  • Unit Kesihatan Primer

  • Unit Penyakit Berjangkit (CDC)

  • Unit HIV/STI

  • Unit Penyakit Bawaan Vektor

  • Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

  • Unit Kesihatan Pekerjaan

  • Unit Kesihatan Alam Sekitar

  • Unit Survelan

  • Unit Kejuruteraan Kesihatan - BAKAS, KMKM

  • Unit Keselamatan & Kualiti Makanan

  • Unit Promosi Kesihatan

  • Unit Pemakanan


Objektif Khusus

  1. Merancang, melaksanakan, mengawas dan menilai kesan program atau aktiviti di atas.

  2. Menggalakkan perhubungan dengan masyarakat untuk menerima dan mengamalkan sikap bantu diri atau mengamalkan konsep 'primary health care'

  3. Menyelaras dan memberi nasihat apabila perlu dalam mengawal wabak penyakit.

  4. Memberi nasihat penguatkuasaan dan mengemaskini undang-undang berkenaan.

  5. Mengawas pegawai-pegawai dan penjawat awam dalm pelbagai aktiviti program kesihatan awam dari segi kecekapan dan keberkesanan kerja-kerja teknikal.

  6. Mengurus latihan kakitangan yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti kesihatan awam.

  7. Memberi khidmat nasihat dan kerjasama dengan lain-lain perkhidmatan sama ada dalam sama jabatan mahupun dari jabatan lain, agensi lain dan orang ramai.

  8. Menyelaras dan mengambil bahagian dalam persidangan kesihatan sempadan dengan negara-negara jiran.

  9. Memberi maklumbalas penerangan kegiatan dan pencapaian matlamat pelbagai aktiviti program kesihatan awam.

  10. Merancang dan melaksanakan projek penyelidikan berfaedah berkaitan dengan Program Kesihatan awam.