Facebook JKN Tweeter JKN RSS RSS

Perutusan Pengarah

on 2014/4/29 5:30:00 (7191 reads)

 Perutusan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah



    



Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia Selamat datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Perkembangan semasa dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menawarkan ruang yang luas bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penyebaran maklumat.

Laman web Rasmi JKN Kedah merupakan salah satu media komunikasi penting JKN Kedah bagi menzahirkan komitmen tinggi Jabatan ini dalam menyampaikan maklumat dan sumber rujukan yang berguna kepada pengujung untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan ini. JKN Kedah dari masa ke semasa akan terus berusaha untuk memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di Negeri Kedah dengan memberikan sepenuh komitmen dalam menyediakan prasarana kesihatan yang terbaik.

Sebarang bentuk pandangan dan cadangan yang membina daripada pengunjung Laman Web ini amatlah dialu-alukan bagi membolehkan JKN Kedah mengambil langkah-langkah memperbaiki dan memperkemaskan seterusnya meningkatkan tahap perkhidmatan kerajaan.

Sekian. Terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “


“ KEDAH AMAN MAKMUR * BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI “

Dato’ Dr. Norhizan Bin Ismail
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah