\
Home / KKM

Objektif Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan



OBJEKTIF AM :

Untuk melindungi orang ramai terhadap bahaya-bahaya kesihatan daripada makanan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan.


OBJEKTIF KHUSUS :

1. Menentukan agar penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan mentah adalah selamat dan bersih.

2. Menentukan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah:
      a. bebas dari pencemaran dan penambahan aditif makanan yang tidak diperlukan dan penipuan.
      b. mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
      c. dilabel dan diiklankan dengan tidak mengelirukan dan memberikan gambaran sebenar mengenai kandungan makanan tersebut

3. Menentukan supaya semua bahan makanan yang diimport ke negara ini adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

4. Menentukan konsaiman makanan yang dieksport oleh negara ini mematuhi perundangan-perundangan yang dikehendaki oleh negara-negara pengimport.

5. Menentukan orang ramai menerima maklumat yang mencukupi mengenai aspek keselamatan makanan.

Recommend this page to a friend! Prepare to print
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah