Mengenai JKN
Peta Laman
Informasi Banjir
Jaringan
Pkd,Hospital,Kolej
Undian
Mutu Perkhidmatan di Hospital dalam negeri Kedah
Memuaskan
Sederhana
Kurang memuaskan
Perlu diperbaiki
Login
Kemaskini

Latest Update:
24 - November - 2010

PENDAHULUAN

 

Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor bermula dari Rancangan Membasmi Malaria yang telah diwujudkan  pada  tahun 1967 bagi daerah Langkawi dan Kubang Pasu dan seterusnya bagi daerah-daerah lain pada tahun 1968. 

 

Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor yang ditubuhkan pada tahun 1983 merangkumi penyakit-penyakit lain bawaan nyamuk iaitu filariasis dan deman denggi. 

Pada tahun 1985 Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor diperluaskan  bagi mengawal penyakit Malaria, Hawar, Yellow Fever, Japanese Encephalitis dan Tifus (Scrub and Murine Typhus).

 

 

OBJEKTIF DAN STRATEGI

 

OBJEKTIF UMUM

 

Mengurangkan morbiditi dan mortaliti penyakit vektor di Kedah.

Mencegah kejadian penyakit bawaan vektor di kawasan dimana tiada kes pada masa kini.

Memastikkan tiada kes Hawar dan kemasukan Demam Kuning di Negeri Kedah.

 

OBJEKTIF KHUSUS

 

1.   MALARIA

Mengurangkan morbiliti dan mortaliti penyakit yang disebabkan oleh Malaria.

Mencegah kedatangan semula Malaria ke kawasan di mana tiada kes tempatan berlaku

Matlamat kadar insiden malaria ialah tidak melebihi 1 kes/10,000 penduduk.

Mengurangkan kadar fataliti sehingga mencapai  0%.

 

2.  DENGGI

Mengurangkan morbiditi dan mortaliti  yang disebabkan oleh Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah.

 

Mengawal dan mencegah penyakit Demam Denggi (DD) bagi memastikan kadar insiden DD tidak melebihi 16 kes/100,000 penduduk.

 

Matlamat kadar insiden bagi Demam Denggi Berdarah (DDB) ialah kurang dari 2 kes DDB/100,000 penduduk.

 

Matlamat kadar fataliti ialah seperti berikut:

Bagi DD < 4/1000 kes (0.4%).

Bagi DDB < 10/1000 kes (1%).

 

 

3.  FILARIASIS

Membasmi penyakit Filariasis di kawasan filariasis jenis periodik.

 

Mengurangkan insiden penyakit Filariasis di bawah paras 3% kadar mikrofilaria di kawasan berfilariasis sub-periodik dan jangkitan campuran.

 

4.  JAPANESE ENCEPHALITIS

Mengurangkan morbiditi dan mortaliti penyakit ini bagi golongan penduduk tertentu.

 

5.  TIFUS

Mengurangkan morbiditi dan mortaliti penyakit Tifus di kalangan kumpulan tertentu.

 

6.  HAWAR  (PLAGUE)

Mencegah kemasukan semula penyakit Hawar ke negeri ini.

 

7.  DEMAM KUNING  (YELLOW FEVER)

Mencegah kemasukan penyakit demam kuning ke negeri ini.

 

STRATEGI UMUM 

                       

Perkhidmatan

 

-   Pengawasan epidemiologi, rawatan, susulan kes di kalangan penduduk berisiko tinggi bagi    

    mengawal penyakit ini

-   Pengawasan entomologi dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti kawalan bersesuaian akan dapat   

    mengurangkan jangkitan penyakit berkenaan.

-  Meningkatkan aktiviti pendidikan kesihatan untuk mendapat sokongan dan kerjasama orang

    ramai.

-  Penggunaan indikator “Quality Assuarance” bagi memastikan perkhidmatan yang diberi adalah  

   pada tahap maksima.

 

Sumber

-    Memastikan keperluan peruntukan, kemudahan dan peralatan bagi kawalan penyakit bawaan   

     vektor di peringkat daerah dan sektor.

-   Penubuhan pasukan tambahan terutama bagi kawalan denggi bagi kawasan yang memerlukan.

-  Merancang dan melaksanakan latihan/kursus dalaman bagi semua kategori  kakitangan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

 

Teknologi

-    Perkhidmatan makmal di bawah RKPBV akan ditingkatkan termasuk melakukan ujian saringan    

     Denggi iaitu ujian menggunakan teknik Elisa

 

-    Kajian yang berterusan dan melengkapkan peralatan terkini yang berkesan untuk aktiviti    

kawalan vektor.

 

Penswastaan

-         Aktiviti tertentu kawalan vektor iaitu penyelenggaraan parit anti-malaria dan semburan kabus akan diberi keutamaan untuk penswastaan.

 

Perhubungan dan Kerjasama Antara Agensi          

-         Mewujudkan perhubungan dan kerjasama yang erat di antara agensi yang bertanggungjawab untuk pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor.

 

Rekod

-   Memperluaskan penggunaan komputer dan internet bagi pengurusan data.

 

Penyelidikan

-         Penyelidikan yang akan dijalankan di peringkat negeri adalah untuk mempertingkatkan

      pengawasan dan kawalan penyakit dan menyelesaikan masalah di lapangan atau yang    

      menjadi sungutan orang ramai.

 

Perundangan

-         Memastikan penguatkuasaan undang-undang DDBIA Akta 1975 (Pindaan 2000) akan digunakan sebagai sokongan bagi kawalan vektor di semua kawasan dan bagi semua jenis  vektor.

  

STRATEGI KHUSUS

 

MALARIA

 

Membuat semakan semula klasifikasi kawasan berdasarkan maklumat semasa Malaria.

 

Menilai semula aktiviti pengesanan kes secara aktif (ACD) apabila berlaku kes malaria dan terutama PCD sesuai dengan masalah penyakit Malaria di Negeri Kedah.                  

 

Diagnosa makmal secara pemeriksaan contoh darah dan teknik ujian saringan cepat.     

 

Pengurusan klinikal dijalankan di lapangan dan hospital melalui penggunaan ubat-ubatan yang disyorkan dengan betul

 

Kawalan penyakit melalui penyelidikan dan susulan kes

 

Kawalan vektor dijalankan secara mikrostratifikasi kawasan, semburan kimia, kaedah kawalan vektor kekal seperti aktiviti anti-larva.

 

Pengawasan entomologi melalui kajian taburan dan kepadatan vektor dan perubahan tabiat vektor.

Mendapat kerjasama bagi mengawal penyakit di kalangan penduduk berisiko tinggi.

 

 

2.  DEMAM DENGGI (DD) DAN DEMAM DENGGI BERDARAH (DDB)

           

Pengawasan epidemiologi melalui notifikasi kes dengan segera menerusi telefon.

 

Diagnosa makmal secara ujian serologi yang segera dan tepat.

Meningkatkan pengurusan klinikal dengan pengesanan kes dan adanya sokongan pengurusan kes di hospital.

 

Kawalan penyakit melalui siasatan dan tindakan susulan kes.

 

Aktiviti kawalan vektor dijalankan melalui pengurangan pembiakan, aktiviti mengesan dan memusnahkan dan operasi memusnahkan Aedes seperti semburan insektisid dan penguatkuasaan APSPP.

 

Aktiviti pengawasan entomologi melalui kajian larva dan nyamuk Aedes dewasa.

Meningkatkan kerjasama antara agensi bagi meningkatkan kualiti kawalan vektor di kawasan khas seperti kawasan PBT, sekolah, pejabat, tapak binaan dan kemudahan kesihatan.

Meningkatkan aktiviti pendidikan kesihatan dan penyertaan masyarakat dalam aktiviti berkaitan demam Denggi.

 

3.   FILARIASIS

Pengawasan epidemiologi melalui kajian darah di kawasan yang dikenalpasti berendemik dan kajian ‘probe’ bagi mengenalpasti kawasan baru.

 

Diagnosa makmal melalui teknikthick smear’.

 

Kawalan infeksi melalui penggunaan rejim ubat sesuai dengan kawasan dan parasit.

 

Kawalan penyakit secara pengesanan, rawatan dan kawalan kes dan tindakan susulan.

 

Kawalan vektor melalui semburan dan memusnahkan tempat pembiakan.

 

Kawalan entomologi secara tinjau alam dan kajian dan kepadatan vektor.

 

Meningkatkan kerjasama antara agensi terutama di kalangan penduduk tertentu seperti kejadian Filariasis di kawasan bandar dan di kalangan pekerja asing.

 

4.   JAPANESE ENCEPHALITIS (JE)

 

Pengawasan epidemiologi bagi memastikan semua kes ‘viral encephalitis’ diperiksa untuk JE, dirawat dan tindakan pencegahan diambil dengan segera.

 

Diagnosa awal dengan menggunakan ‘rapid screening test’.

Pengawalan entomologi dengan kajian tabiat dan kepadatan vektor di kawasan yang dipilih.

 

5.         TIFUS

 

Pengawasan penyakit tifus dan penentuan kawasan endemisiti.

 

Pengubatan semua kes tifus.

 

Pendidikan kesihatan kepada masyarakat untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit ini.

 

6.   YELLOW FEVER

           

Pengesanan rapi nyamuk Aedes di lapangan terbang dan pelabuhan.

Memusnahkan serangga dalam pesawat untuk mencegah kemasukan nyamuk Aedes dari negara lain.

 

 

PERKHIDMATAN PENTADBIRAN

 

Pendahuluan

 

Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor (KPBV) Negeri Kedah terdiri dari empat bahagian di dalam menjanakan program-program kesihatan yang telah ditetapkan iaitu :-. 

 

i.          Bahagian Pentadbiran

ii.          Bahagian Epidemiologi

iii.        Bahagian Entomologi

iv.         Bahagian Makmal Kaji Darah

 

Kesemua bahagian ini berkaitrapat dengan bahagian Pengurusan dan Pentadbiran pejabat yang diletakkan di bawah satu Pusat Tanggungjawab iaitu Program Kesihatan Awam yang melibatkan aktiviti kawalan penyakit-penyakit bawaan vektor.  (Sila lihat Carta Organisasi di Lampiran I)

 

Bahagian Pentadbiran menyediakan perkhidmatan pengurusan dan pentadbiran di peringkat Unit KPBV Negeri Kedah.  Perkhidmatan pengurusan ini terdiri daripada tiga bahagian kecil seperti berikut:-

 

Pengurusan Organisasi Dan Tenaga Manusia

Pengurusan Kewangan

Pengurusan Stor Dan Bekalan

 

 

Organisasi Dan Tenaga Manusia

 

Bahagian ini bertanggungjawab untuk menyelaras semua aktiviti perjawatan yang terdapat di dalam Unit KPBV Negeri Kedah mengikut perjawatan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Semua urusan pengisian jawatan, pertukaran dan kemasukan kakitangan akan dikemaskini mengikut perjawatan yang diluluskan melalui waran perjawatan. Pengisian dan kekosongan yang terdapat di dalam perjawatan sehingga 31.12.2004 adalah seperti Jadual 1 berikut:-

 

 

 JADUAL 1 :  Perjawatan  Unit KPBV Negeri Kedah Tahun 2005

 

Bil

Jawatan

Bil Perjawatan

Bil isi

Kosong

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

Pegawai Perubatan U52

Pegawai Perubatan U41

Pegawai Sains – (Ahli Kajiserangga (C48)

Pegawai Sains – (Ahli Kajiserangga) (C41)

Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran Kanan (U32)

Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran (U29)

Juruteknologi Makmal T/B (U29)

Pembantu Tadbir (P/O)(N17)

Pembantu Tadbir (P/O)(N17)(P/Stor)

Pembantu Tadbir Kewangan (N17)

Pembantu Kesihatan Awam (U14)

Pembantu Kesihatan Awam (U11)

Pemb. Teknologi Makmal Perubatan (U11)

Pembantu Tadbir Rendah (N11)

Pekerja Rendah Awam (R1)

Pemandu Kenderaan Bermotor (R3) 

1

1

1

1

1

3

3

1

1

1

1

5

5

1

5

3

1

0

1

1

1

*2

3

1

1

1

1

3

4

1

5

2

0

1

0

0

0

1

0

0

0

0

0

2

1

0

0

1

 

 

JUMLAH

34

28

6

 

* Seorang PPKP U29 disandarkan ke Unit Kejuruteraan, Jabatan Kesihatan Negeri.

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend


Webmail Moh*Cube
Media Pendidikan H1N1