Sepertimana yang tuan/puan sedia maklum, kerajaan telah melaksanakan pelbagai cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan lagi sistem penyampaian kepada orang ramai termasuk inisiatif “eKL”. Melalui portal eKL , sistem-sistem atas talian(online) agensi kerajaan di bawah inisiatif eKL boleh dicapai secara terus.
Sehubungan dengan ini dimohon kerjasama tuan/ puan untuk memasukkan pautan eKL (www.ekl.gov.my) ke dalam i-Portal agensi tuan/puan. Dengan adanya pautan eKL di laman web, sistem penyampaian perkhidmatan agensi kerajaan dapat disampaikan dengan lebih mudah dan sistematik.
Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri Aras 4, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA